Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts
Friday, September 25, 2015
Thursday, December 18, 2014
Wednesday, December 17, 2014
MEE REBUS BERKUAH DAGING

Bahan2nya (Kuah Mee Rebus)
2 biji Keledek Oren (Sederhana Besarnya – dibuangkan kulit dan di rebus dalam air garam)
2 2iji ubi Kentang (Russett Potatoes – dibuang kulit dan di rebus bersama keledek)
250gm Daging Tetel – dihiris2
3 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
6 cm halia
1.5cm kunyit hidup
Bahan atas, kunyit, bawang & halia (di kisar halus)
4 sudu besar towchu
2 buah tomatoes di potong dadu
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
1.5 cili kisar
1 kuib knor ikan bilis
4 sudu besar udang gragau – di tumbuk halus
1.5 mangkuk air assam
1.5 sudu besar ‘cornstarch’ serbuk jagung
1 ltr air rebusan
Minyak memasak
Garam & gula secukup rasa
Cara2nya
Rebus keledek dan ubi kentang hingga masak dan lenyitkan Di periok yang besar, panaskan minyak, letakan bahan kisar cili kisar dan goreng rempah2nya bersama kayu manis, bila bangkit, masukan daging tetelan nya. Gaulkan dan goreng sementara, kemudian masukan kari daging dan serbuk jintan di kacau hingga sebati. Masukan tomatoes yang di potong dadu kecil, 1 kuib knor ikan bilis, air 3 cawan besar. masukkan towchu yang di lenyitkan sedikit. Bila air mula mendidih masokkan keledek & kentang yangg sudah di lenyitkan. Gaulkan sampai kuah itu pekat, letakan air ‘cornstarch’. Ambil udang kering gragau, di basoh dan di tumbuk halus, masukkan ke dalam kuah, di kacaukan kuah nya selalu supaya, keledek di dalam tidak melekat di bawah periuk. Masak hingga daging nya empok. Letak garam dan gula secukup rasa.
Bahan2 lain,
1 kg Mee Kunning
150 gm Taugeh
2 puchok daun sup – di potong kasar2
Limau Kasturi – di belah dua
Cili hijau di hiris2
Bawang merah goreng
Telur rebus – dibelah dua
Kicap manis
credit Chef Joha Hassan
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen
Mi Rebus Berkuah Daging
Tuesday, September 23, 2014
RESIPI KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahannya:
1 cawan koko (klu nak sedap lg gunalah koko van houten.:))
1 cawan gula
1 cawan margerin cair (saya guna mentega)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur (dipukul)
1 cawan gula
1 cawan margerin cair (saya guna mentega)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur (dipukul)
Cara-caranya:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
2. Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana. Jangan sampai hangus.
3. Sejukkan.
4. Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.
5. Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.
KEK COKLAT KUKUS
Tak sah kan makan kek coklat tanpa toppingnya. Buat topping ni ada macam cara...ini antara caranya, boleh pilih mana yang rasa senang.
🎂Topping Coklat 1🎂
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
🎂Topping Coklat 2🎂
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak
Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
🎂Topping Coklat 3🎂
Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream
Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..
🎂Topping Coklat 4🎂
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
🎂Topping Coklat 5🎂
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
Coklat topping
2. Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana. Jangan sampai hangus.
3. Sejukkan.
4. Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.
5. Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.
KEK COKLAT KUKUS
Tak sah kan makan kek coklat tanpa toppingnya. Buat topping ni ada macam cara...ini antara caranya, boleh pilih mana yang rasa senang.
🎂Topping Coklat 1🎂
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
🎂Topping Coklat 2🎂
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak
Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
🎂Topping Coklat 3🎂
Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream
Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..
🎂Topping Coklat 4🎂
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
🎂Topping Coklat 5🎂
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas
Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..
Coklat topping
Friday, August 8, 2014
Sunday, July 13, 2014
KETUPAT SOTONG TERENGGANU
Bahan-bahan ( 2-3 orang mkn (keluarga kecik) )
- 5-6 ekor sotong sederhana besar (kecik sangat or besar sangat tak sedap pulak)..terpulang pada kita sebenarnye, nak mkn banyak buat banyak heheheh
- secawan beras pulut
- secawan setengah santan
- 2 ulas bawang besar (dimayang)
- 2 ulas bawang putih (dimayang)
- seinci halia (dimayang)
- sesudu kecik halba
- garam dan gula secukup rasa
- lidi/penyungkil gigi
Cara-cara
- Bersihkan sotong dulu, saya tak buang kulit merah pasal kalau ikut bonda saya, kulit merah tu yang akan menyedapkan lagi ketupat sotong nanti, buang kulit luar yg nipis tu aje !
- Beras pulut dibasuh dan rendam ngan sedikit santan dalam sejam dua (lagi lama lagi sedap dan mudah masak nanti).
- Isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan penuh sangat, setengah je, pas tu tutupkan ngan kepala sotong dan kemaskan ngan lidi atau penyungkil gigi. buatlah macamana pun asal beras pulut tu tak terkeluar semasa proses memasak.
- Dalam periuk, masukkan semua bahan (santan,bawang merah dan putih,halba,halia, garam dan gula)dan masakkan atas api. Kalau sotong dah kembung, dah masak lah tu...boleh angkat dan mkn... My Resipi ketupat sotong terengganu
KETUPAT SOTONG DAN DOA KETIKA MEMASAK
Bhn2
Sotong....pilih yg besar2 ok...
Beras pulut
Manisan atau gula Melaka
Santan
Gula (jika perlu)
Garam
Air
Daun pandan
Sedikit halia
Lidi sate..atau lidi kelapa
Cara membuatnya
Rendam beras pulut dgn sedikit santan...kiranya agak2 menutupi beras..santan campur air la ye,, tambah sikit garam..utk yg mama ni mama letak 2 sudu teh....sebatikan....rendam selama lebih kurang setengah jam atau 1 jam...kalau lebih sikit pun takpe..tp jgnlah sampai 1 hari...
Selepas dah berpuas hati dgn hasil rendaman..korang ambil sotong yg dah dibersihkan..dan dipisahkan kepalanya..masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong...bubuh lebih kurang 3/4 daripada kebesaran sotong...santan yg digunakan utk rendam tadi boleh la dimasukkan sekali..biar dia lembab sikit... jgn bubuh byk sgt pulut dlm sotong kerana ada beberapa kemungkinan
Sotong....pilih yg besar2 ok...
Beras pulut
Manisan atau gula Melaka
Santan
Gula (jika perlu)
Garam
Air
Daun pandan
Sedikit halia
Lidi sate..atau lidi kelapa
- mama tak letak sukatannya sbb semua boleh diagak dgn pertimbangan jumlah sotong yg dibuat...mama buat dalam 15 ekor..sotong sederhana besar... mama bubuh tiga kerek manisan... beras pulut dalam 1 cwn mama rendam...
Cara membuatnya
Rendam beras pulut dgn sedikit santan...kiranya agak2 menutupi beras..santan campur air la ye,, tambah sikit garam..utk yg mama ni mama letak 2 sudu teh....sebatikan....rendam selama lebih kurang setengah jam atau 1 jam...kalau lebih sikit pun takpe..tp jgnlah sampai 1 hari...
Selepas dah berpuas hati dgn hasil rendaman..korang ambil sotong yg dah dibersihkan..dan dipisahkan kepalanya..masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong...bubuh lebih kurang 3/4 daripada kebesaran sotong...santan yg digunakan utk rendam tadi boleh la dimasukkan sekali..biar dia lembab sikit... jgn bubuh byk sgt pulut dlm sotong kerana ada beberapa kemungkinan
- pulut tu tu akan keluar dr perut sotong
- sotong kita akan pecah atau terkoyak
- pulut yg keluar byk sgt memungkinkan melekat kat periuk dan hangit dan may be ketupat sotong kita akan berbau hangit..tak berapa best la kan..tp kalau korang guna kaserol atau non-stick punya periuk..mama rasa ok kot..
Lepas aje isikan beras pulut, ambil kepala sotong...satukan dia kembali dgn bdn sotong...kiranya cinta bertaut kembali la...gunakan lidi sebagai ejen penyatuan...cucukkan dia...buat cross kat penyambungan...ala2 kutub utara dan kutub selatan...kemudian timur dan barat..... ini adalah nak elakkan pulut terkeluar...
Bila dah siap semuanya... masukkan dlm periuk... masukkan santan cair...agak2 setara ngan sotong...masukkan sedikt halia yg diracik halus....tp jgn byk sgt halia ye..takut berbau pulak...mama bubuh halia sbb nak kurangkan bau hanyir sotong..kalau korang tak suka halia...don't worry..tak payah letak....
masukkan daun pandan yg disimpul kasih...cheewahhh..kalau la masih ada lebihan pulut...kalau mama la kan..mama letak aje dlm periuk tu sbb Uyeeh suka makan pulut sahaja...
Tutup periuk tu ok....masak dgn api yg sederhana... jgn kuat sgt tau..nnt sotong tak masak dgn sempurna...
Lepas tu tunggu aje la.. kdg2 pergi la jenguk...lebih2 lagi kalau guna periuk steel biasa mcm mama...iya la takut hangit ke ..ape ke..kacau perlahan2 ye....
Bila dah mendidih dan sotong nmpk masak..masukkan manisan tu.... bubuh la agak2 ye..agak2 manis dan menjadikan ia berwarna coklat...
Masukkan santan pekat...ikut kesesuaian.....tapi jgn biarkan sotong kita kekeringan ye...Ketupat sotong ni kena kuah dia pekat2 sikit..baru perggghhhh molek... 'nyakut' ore Kelate kato...hehehe
Bila dah mendidih dan masak...sotong tu nmpk empuk...rasa la... kalau korang nak manis lagi...tmbah gula...atau manisan lagi...kalau dah berwarna coklat tp belum manis..tmbah aje gula... kalau suka ala2 manis.. up to you....tp kebiasaannya org Kelantan suka manis...hehehe..mcm ayah mama dan papa....
Bila dah siap....hidangkan...dgn kasih sayang....
Ermmmm...kalau Kak Ya (kakak mama).. tgk mesti marah ni...sbb time dia balik hr tu mama tak sempat nak buat...lain kali ye..
Haaa..senangkan... kalau nak lebih berkat dan menyedapkan hidangan bacalah Bismillah, selawat dan doa2 berkaitan...dan of coz niat tu utk kasih syg....nak doa memasak..sila ke
Saturday, May 24, 2014
Kuih Lompang Gula Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
2 cwn tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur (bancuh dan tapis)
Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dgn sedikit garam
Bahan B:
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air
Cara cara:
Bancuh tepung dengan air kapur. Tuang air gula yang telah suam ke dalam tepung sambil dikacau rata. Tapis adunan ke dalam bekas.
Didihkan air dalam kukusan. Lumurkan sedikit minyak pada acuan lompang.
Tuang adunan ke dalam acuan kuih lompang sehingga penuh. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
Kuih Lompang Resepi II
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Bahan A:
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Bahan B:
2 cawan tepung beras
1 sudu teh kapur makan
2 cawan air
Sedikit pandan paste
Sedikit pandan paste
Bahan C:
100 gram kelapa parut (campurkan sedikit garam dan kukus)
Cara cara:
Masak dahulu bahan A hingga gula larut. Biarkan sejuk. Sementara itu panaskan air dalam periuk pengukus.
Satu dan kacau Bahan B di dalam mangkuk. Kemudian tuang bahan A ke dalam mangkuk tadi. Kacau sehingga sebati.
Tapis dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Sedia untuk masukkan dalam mangkuk kuih lompang yang telah dilumur minyak.
Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 20 minit. Tuang dalam acuan hanya sebelum dikukus untuk mengelak adunan dari mendap. Sebelum diangkat, saya buka tutup pengukus dan kukus tanpa penutup selama beberapa minit untuk mengeringkan air di permukaan.
Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 20 minit. Tuang dalam acuan hanya sebelum dikukus untuk mengelak adunan dari mendap. Sebelum diangkat, saya buka tutup pengukus dan kukus tanpa penutup selama beberapa minit untuk mengeringkan air di permukaan.
Sedia untuk dihidang dan diletakkan kelapa parut seperti bahan C.
ps: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan ke dalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.
KUIH KASWI YANG MUDAH DAN SEDAP
Bahan A
✿ 5 sudu gula
✿ 3 keping gula melaka
✿ 2 cawan air
✿ sedikit garam
Bahan B
✿ Tepung gandum
✿ setengah sudu kapur makan (yang dibancuh dengan sedikit air)
✿ Kicap
Bahan C
✿setengah biji kelapa muda parut * untuk salutkan kuih Kaswi kita
Cara nak membuat kuih kaswi yang mudah dan sedap ni..
memula..
✿Masakkan Bahan A sehingga kesemuanyer larut (biarkan sejuk dulu)
✿ Masukkan pulak Bahan B kecuali kicap…gaulkan
akak cakap anggarkan macam kita nak buat masak lempeng
haa gitu…ala-ala likat cam kiter nak buat lempeng tu haaa…
kacau-kacau sampai sebati macam kat bawah nih…
nampak berbintil-bintil gini…
kemudian…
masukkan adunan tadi dalam blender..
kita blendkan dia untuk hilangkan bintil2 tu hah..
toksah la kaco sampai lebam…
blend kan jer ha…
lagi mudah….
Jangan lupa taruk kicap manis dalam 2…3…sudu kater akak…
tengok tu dia main tuang jek kicap tuh…
uollls tau tak umah akak saya nih botol kicap dia beso dah macam meniaga..
maklumla anak2 hantu kicap…tetibe
ok..lepas tu baru blend yek..
*sementara kita blend tu boleh la panaskan periuk pengukus kita tu…
dah blend..masukkan dalam loyang kiter tadik..
ha nengok time ni dah tak menyabo rasa sedapnyer…
tangkap leleh nengok adunan dituang gaya gitu…
lepastu masukkan dalam perink pengukus tutup..
tunggu dalam setengah jam gitu…
barula masak…
kalo nak tau kuih kaswi sedap kiter tu masak ker idak..
cucuk jek ngan pisau kalo tak melekat tu..
tandanyer kuih kaswi kita dah masak…yihaaa…
boleh salutkan ngan kelapa kita tadi…
Sunday, May 18, 2014
AGAR-AGAR BERPERISA STRAWBERI
10 g agar-agar
1 liter air
3/4 cawan gula ( boleh kurang atau tambah ikut kemanisan yang di ingini )
1/2 cawan kordial berperisa strawberi ( apa2 perisa pun boleh )
1 liter air
3/4 cawan gula ( boleh kurang atau tambah ikut kemanisan yang di ingini )
1/2 cawan kordial berperisa strawberi ( apa2 perisa pun boleh )
Bahan kuah
Susu cair
Susu cair
Cara penyediaan
1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
2. Masukkan gula dan perisa strawberi. Masak hingga gula larut.
3. Tapis, masukkan dalam acuan dan bekukan. Simpan dalam petisejuk sebentar.
4. Bila telah beku bolehlah dipotong2 dan di hidangkan didalam sandy glass.
5. Tuangkan susu cair ke atas agar-agar dan bolehlah di makan.
2. Masukkan gula dan perisa strawberi. Masak hingga gula larut.
3. Tapis, masukkan dalam acuan dan bekukan. Simpan dalam petisejuk sebentar.
4. Bila telah beku bolehlah dipotong2 dan di hidangkan didalam sandy glass.
5. Tuangkan susu cair ke atas agar-agar dan bolehlah di makan.
http://www.potretkasih.com/tag/agar-agar-berperisa-strawberry/
Bahan2nya:
Cara:
RESEPI BELEDO MERAH aka Agar-agar merah kosong/Plain
*gandakan lagi sukatan kalu nok buat untuk kenduri/bekwoh besar-besaran*
Bahan2nya:
- agar2 50g (2 plastik @ 25g setiap satu, yang biasa dijual di pasaraya)
- air 3 botol besar (saiz botol air mineral 1500 ml)
- gula batu satu plastik @ 250g
- gula pasir 1 setengah cawan
- daun pandan 5 helai disimpul
- perisa ros 1 scop (penutup botol star brand)
- pewarna merah setengah scop (penutup botol star brand)*lebihkan sikit kalu nak merah lagi. Bagi saya setengah scop tu dah orite, tapi kalu tempat bekwoh biasa kaler menghoh lagiii.... :)*
Cara:
- Rendam sekejap agar2 kemudian basuh bersih.
- Rebus agar2 dengan air. Biarkan sampai agar2 hancur sepenuhnya.
- Kacau sekali sekala agar tidak melimpah keluar periuk.
- Bila dah agar2 dah hancur, masukkan daun pandan serta gula batu diikuti dengan gula pasir.
- Biarkan lama masak, sampai semuanya sebati baru ditutup api.
- Tambahkan perisa ros dan pewarna merah.
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibilas terlebih dahulu. Tak payah dilapkan selepas dibilas loyang *untuk mudah keluarkan agar2 bila dah keras nanti*
- http://fzmenu.blogspot.com/2010/09/beledo-bekwoh.html
Monday, May 12, 2014
Cucur Udang Rangup2..
Bahan-bahan
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu (bersihkan buang kepala n janggut nyer)
*2 biji bawang besar (mayang)
*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)
*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3-4 senduk tepung gandum (mengikut keperluan)
*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara2 nk Masak
Masukkan semua bahan yg bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2 seperti dalam gambar.
Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar jgn terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar. Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.
Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.
Hah tu dia cucur udang special jiran aku tengok pun korang tau rangup kan hehehhe.. Cuma kekurangan bahan cicah je aku td kalau tak mau juling aku makan heheh..
Kalau korang rajin gunting kecil2 cucur udang nie pastu korang potong ler timun sikit, sengkuang sikit pastu korang goreng tauhu potong gak siram ngan kuah kacang
Sunday, May 11, 2014
Jemput-Jemput Air Didih

Janganlah ada yang terkejut or pelik la baca nama jemput2 ni..Just untuk bezakan cara bancuhan dengan jemput2 biasa tu je...Cara ni biasa mak Ummi yang buat. Xdalah pelik sangat pun, cuma air yang pertama dimasukkan dan digaulkan dengan tepung adalah air mendidih tuuu..hehe..Bila bancuh cara camni, x perlu letak baking powder ke, soda bikarbonat ke...very simple...tengah panas rangup betul dan bila sejuk pun lembut sampai ke petang...Meh bancuh jemput..hehe
Bahan:-
- 1/2 kg tepung gandum
- 1 cawan air mendidih
- 1 3/4 cawan air biasa (lebih kurang la ni)
- 15 ekor udang - (kalu besar, kerat2 sikit)
- 1 labu bawang besar (dadu)
- taugeh ikut suka (byk sikit lg sedap)
- daun kucai - kerat 1 inci
- 1 biji cili merah - hiris halus2
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak banyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:-
- Satukan dan gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam
- Masukkan udang dan sayuran serta cili. Gaul rata.
- Masukkan dulu air panas dan gaul menggunakan garfu atau senduk kayu. Biar rata. (tepung akan berketul2 sikit).
- Kemudian masukkan air biasa dan bancuh seperti adunan jemput biasa hingga mesra.
- Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan balik-balikkan selalu jemput.
- Bila telah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos kesukaan.
Saturday, May 10, 2014
Apam Nasi @ Apam Beras
Apam nasi memang menggunakan nasi sejuk, yeast, tepung gandum, tepung beras, air dan gula. Bahan2 yang mudah dan ringkas. Makan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Kalau nak makan macam tu pun boleh, tapi dah gaya orang kita makan apam dengan kelapa parut. Kalau ikut resipi asal, agak banyak dan cm buat 1/2 bahagian seperti yang cm akan tulis nanti. Lagi pun penduduk rumah tak ramai. Satu lagi, kalau anda buat jangan guna paper cup macam cm guna tu, elok anda guna acuan apam yang disapu dengan sedikit minyak. Sebab cm agak kesuntukan masa dan malas nak menyelongkar cari acuan apam, maka ku guna muffin cup aluminium dan alas dengan paper cup. Jadi tu memang jadi, cuma papercup tu melekat kat apam, rugi! Satu lagi anda boleh letak apa2 kaler yang anda suka, macam cm leta kaler hijau dan merah....Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar)
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
- Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (macam cm, guna 2 kaler). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
- Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama)..
- http://www.tiffinbiru.com/2013/03/apam-nasi-apam-beras.html
- http://yatiememories.blogspot.com/2012/11/apam-beras.html
APAM TEPUNG GANDUM..kak fida

Resepi: kakfida@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )
- 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
- 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
- 2 1/2 cawan air
- 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
- secubit garam (opt)
- kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam
Cara-cara
- Loyang disapu minyak sekeliling.
- Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
- Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
- Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
(nota Q: saya lebih suka kalau apam2 ni dibuat menggunakan gula kabung...jadiknya ..kita kena la masakkan dulu gula tu.....ambik seketul gula saiz besar..lepas tu masakkan dgn secawan air...dan sehelai daun pandan...masak hingga gula cair dan tutup api..sejukkan gula tu...bila dah sejuk...baru bancuh apam...saya masukkan tepung dalam mangkok....campur dgn 1 sudu besar gula pasir ( yg ni saya tambah)...campur dgn secubit garam..gaul2 rata...leaps tu buatkan lubang ditengah2 tepung....sampai nampak dasar besen..lepas tu..masukkan yis...kemudian isi air 1/12 cawan...kacau2 hingga berbuih yis tu..dan akhir sekali masukkan air gula kabung..kacau2 rata hingga tak bergentel tepungnya....( tepung tu saya ayak dulu..sekali je)....bila dah rata..masukkan kedalam loyang yg telah di griss...biar dia penaik 2 kali...penting cara ni...kena naikkan adunan dalam loyang terus ye..kalau tak nanti apam bantat kalau nak pindah2 bila dia dah penaik tu..wajib ikut cara ni baru apam jadik...lepas tu panaskan pengukus dan kukus la 1 jam....)
Subscribe to:
Comments (Atom)

With ice cream as an ingredient, how could this bread not be mouth-wateringly delicious? This recipe is a non-bakers dream as it only takes two ingredients yet comes out of the oven smelling and tasting heavenly. Brought from the Simple Cooking Channel, he shows that all you need is 2 cups of soft vanilla ice cream. You can let it sit out for a bit to soften, or if in a rush, put it in the microwave for a few seconds. The only other ingredient needed is one and one half cup of self-rising flour. It really is just that easy!
He states that other things can be added such as blueberries, if so desired. If not, just grease a pan and pop it in the oven at 350 degrees and bake approximately 35 minutes, but could take as long as 50. After cooling, enjoy a delicious bread that couldn’t possibly be any more easy to make!