Saturday, May 24, 2014

Kuih Lompang Gula Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
2 cwn tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur (bancuh dan tapis)
Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dgn sedikit garam

Bahan B:
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air

Cara cara:
Bancuh tepung dengan air kapur. Tuang air gula yang telah suam ke dalam tepung sambil dikacau rata. Tapis adunan ke dalam bekas. 

Didihkan air dalam kukusan. Lumurkan sedikit minyak pada acuan lompang. 

Tuang adunan ke dalam acuan kuih lompang sehingga penuh. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

Kuih Lompang Resepi II
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Bahan A:
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Bahan B:
2 cawan tepung beras
1 sudu teh kapur makan
2 cawan air 
Sedikit pandan paste

Bahan C:
100 gram kelapa parut (campurkan sedikit garam dan kukus)

Cara cara:
Masak dahulu bahan A hingga gula larut. Biarkan sejuk. Sementara itu panaskan air dalam periuk pengukus.

Satu dan kacau Bahan B di dalam mangkuk. Kemudian tuang bahan A ke dalam mangkuk tadi. Kacau sehingga sebati. 

Tapis dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Sedia untuk masukkan dalam mangkuk kuih lompang yang telah dilumur minyak. 

Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 20 minit. Tuang dalam acuan hanya sebelum dikukus untuk mengelak adunan dari mendap. Sebelum diangkat, saya buka tutup pengukus dan kukus tanpa penutup selama beberapa minit untuk mengeringkan air di permukaan.

Sedia untuk dihidang dan diletakkan kelapa parut seperti bahan C.

ps: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan ke dalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.


No comments:

Post a Comment