Tuesday, June 10, 2014

Aurat dan perkahwinan antara adik-beradik tiri



Aurat dan perkahwinan antara adik-beradik tiri


Soalan


Seorang janda yang mempunyai anak lelaki berkahwin dengan duda yang mempunyai anak perempuan. Apakah ada aurat antara adik-beradik tiri tersebut? Bolehkah adik-beradik tiri tersebut berkahwin?

Terima kasih

Jawapan;

1. Antara adik-beradik tiri tidak ada sebarang ikatan mahram. Mereka adalah ajnabi dan anjabiyah antara satu sama lain. Oleh itu, wajib menutup aurat sesama mereka (*termasuk memakai tudung), tidak harus mereka berdua-duan dan tidak harus bersalaman. Kerana tiada ikatan mahram, mereka berdua boleh berkahwin.

2. Ikatan mahram hanyalah antara bapa dan anak tirinya, dan antara ibu dan anak tirinya. Apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia mensetubuhi wanita itu, haram selepas itu dia mengahwini anak perempuan wanita itu (yakni anak tirinya). Larangan disebut Allah dalam surah an-Nisa’ (bermaksud); “Dan (turut diharamkan ke atas kamu mengahwini) anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu setubuhi, tetapi jika kamu belum setubuhinya, maka tidak berdosa kamu mengawini (anak perempuannya, iaitu setelah kamu ceraikan ibunya)” (Surah an-Nisa’, ayat 23).

Begitu juga, haram mengahwini ibu tiri. Di dalam al-Quran Allah melarang seorang lelaki mengahwini wanita yang pernah dikahwini bapanya. “Dan janganlah kamu kawini wanita yang pernah dikahwini oleh ayahmu” (Surah an-Nisa’, ayat 22). Wallahu a’lam.
http://bit.ly/1l0y7U1

No comments:

Post a Comment