ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MEMBERSIH KERANG
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.
- ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA KESEGARAN SAYUR
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA CUCUR KODOK
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA PERIA
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENGGORENG IKAN
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENGGORENG TAHU
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA AYAM TIDAK HANYIR LAGI
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MATA TERKENA CILI
Ambil secubit garam dan hisap dan airnya ditelan sedikit. Tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA UNTUK JEMPUT2 MENJADI LEMBUT
Jemput2 boleh menjadi lebih lembut & enak jika anda masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dalam adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA NASI HANGIT
Kalau nasi yang kita tanak tu hangit,. jangan buang. Amat membazir. Cuba amalkan antara 3 petua ini:...See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENGEMBALIKAN RASA SEDAP TEMPOYAK MASAM
Ketika memasak tempoyak sama ada dengan ikan atau bahan-bahan lain, campurkan dengan serai yang dititik dan daun kunyit. Jika suka, anda boleh juga mencampurkan pati santan. Rasa tempoyak itu akan kembali sedap. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA KALAU MASAKAN TERMASIN
1.Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA NASI LEMBIK
Masukkan 2 bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MELEMBUTKAN PERUT LEMBU
Memasak perut lembu mengambil masa yang agak lama. Cara yang paling berkesan ialah masukkan sudu kaca ke dalamnya sewaktu merebus. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MELEMBUTKAN DAGING
1. Ramai surirumah mengeluh kerana daging yang mereka masak tidak empuk. Untuk mengatasinya, rebus daging dengan satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA BUBUR
Memasak bubur nasi mengambil masa yang lama. Bagi menimatkan masa, cubalah petua ini :...See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA BAGAIMANA NAK HILANGKAN BAU HAMIS DAGING KAMBING
Ramai di antara kita kurang berminat merasa daging kambing kerana baunya yang hamis. Amalkan petua di bawah untuk menghilangkan bau hamis itu :...See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA IKAN GORENG TIDAK HANYIR
1. Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan yang digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak berasa hanyir walaupun telah sejuk....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA BAGAIMANA NAK HILANGKAN MASIN IKAN KERING
Rendamkan ikan tersebut dalam air kelapa beberapa minit sebelum digoreng. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENGELAKKAN IKAN MASIN HANCUR
Ikan masin, terutamanya gelama, akan mudah hancur bila digoreng. Bagi mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum pada ikan terlebih dahulu sebelum digoreng. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENGELAKKAN PETI SEJUK BERBAU
Peti sejuk yang tidak bersih akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Ikutlah beberapa petua ini....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENYEGARKAN SAYURAN BERDAUN
1.Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENYEGARKAN TIMUN, LOBAK MERAH & KOBIS
Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENGHANCURKAN BIJI CILI
Kita sering menghadapi masalah untuk menghancurkan biji cili setelah dikisar:-
•Masukkan cili dan bahan-bahan lain ke dalam balang pengisar.
•Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam balang pengisar tadi.
•Kisar sehingga semuanya hancur. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA BUAH YG DIPOTONG BERUBAH WARNA
Celupkan buahan ke dalam air limau nipis. Hasilnya buah-buahan ini tidak akan berubah warnanya....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA Tangan Mengelupas selepas menggunakan Bahan Pencuci
1.Lumurkan asam jawa pada tapak tangan. Biarkan ia seketika. Kemudian bersihkan dengan air biasa....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MELEMBUTKAN TAPAK TANGAN
Lumurkan tangan anda dengan hampas kelapa dan minyak kelapa. Biarkan ia seketika sebelum dicuci dengan air. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA TANGAN TERLUKA
Lumatkan sebiji bawang kecil bersama-sama dengan gula pasir. Kemudian balutkan bahan itu ke tempat yang terluka. Darah akan berhenti. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA BAGAIMANA NAK MEMILIH TELUR
Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat.
Apabila digoncang dalamnya padat. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENGELAKKAN TELUR REBUS PECAH
1.Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MENGHILANGKAN HANYIR TELUR GORENG
Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur. ...See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA SUPAYA TELUR TAHAN LAMA
1.Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama. ...See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA TELUR REBUS SENANG DIKUPAS
Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. ...See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA IKAN REBUS LEBIH SEDAP DAN LAZAT
Masakan ikan rebus bergantung kepada cara merebusnya. Cuba cara ini untuk menambah kelazatan ikan rebus. Masukkan asam keping dan ikan ke dalam periuk dan atur berselang seli. Kemudian masukkan sedikit garam, cuka makan dan tebu yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Rebus dengan api yang perlahan tanpa memasukkan air. Pasti ikan rebus anda akan lebih lazat. - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA ACAR LIMAU TIDAK PAHIT
Inginkan acar yang enak tanpa limau yang pahit, cuba petua ini. Semasa merebus limau untuk acar, masukkan beberapa keping syiling 1 senke dalam rebusan limau. Llimau akan hilang pahitnya dan bertambah lembut....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA MELEMBUTKAN AYAM KAMPUNG
Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut....See More - ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA Untuk mempercepatkan kacang hijau yang direbus kembang -
Masukkan satu atau dua sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut dan lihatlah hasilnya. Tak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang.
No comments:
Post a Comment