Showing posts with label motivasi ugama. Show all posts
Showing posts with label motivasi ugama. Show all posts
Friday, September 25, 2015
Wednesday, September 23, 2015
Doa Arafah
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
In sya Allah waktu Wuquf d Arafah akn bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pd 9 Zulhijjah bersamaan 23/9/2015. Waktu M'sia 5.30 pm -11.00pm.
Gunakanlah waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab.
Monday, September 29, 2014
Sunday, July 13, 2014
KETUPAT SOTONG DAN DOA KETIKA MEMASAK
Bhn2
Sotong....pilih yg besar2 ok...
Beras pulut
Manisan atau gula Melaka
Santan
Gula (jika perlu)
Garam
Air
Daun pandan
Sedikit halia
Lidi sate..atau lidi kelapa
Cara membuatnya
Rendam beras pulut dgn sedikit santan...kiranya agak2 menutupi beras..santan campur air la ye,, tambah sikit garam..utk yg mama ni mama letak 2 sudu teh....sebatikan....rendam selama lebih kurang setengah jam atau 1 jam...kalau lebih sikit pun takpe..tp jgnlah sampai 1 hari...
Selepas dah berpuas hati dgn hasil rendaman..korang ambil sotong yg dah dibersihkan..dan dipisahkan kepalanya..masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong...bubuh lebih kurang 3/4 daripada kebesaran sotong...santan yg digunakan utk rendam tadi boleh la dimasukkan sekali..biar dia lembab sikit... jgn bubuh byk sgt pulut dlm sotong kerana ada beberapa kemungkinan
Sotong....pilih yg besar2 ok...
Beras pulut
Manisan atau gula Melaka
Santan
Gula (jika perlu)
Garam
Air
Daun pandan
Sedikit halia
Lidi sate..atau lidi kelapa
- mama tak letak sukatannya sbb semua boleh diagak dgn pertimbangan jumlah sotong yg dibuat...mama buat dalam 15 ekor..sotong sederhana besar... mama bubuh tiga kerek manisan... beras pulut dalam 1 cwn mama rendam...
Cara membuatnya
Rendam beras pulut dgn sedikit santan...kiranya agak2 menutupi beras..santan campur air la ye,, tambah sikit garam..utk yg mama ni mama letak 2 sudu teh....sebatikan....rendam selama lebih kurang setengah jam atau 1 jam...kalau lebih sikit pun takpe..tp jgnlah sampai 1 hari...
Selepas dah berpuas hati dgn hasil rendaman..korang ambil sotong yg dah dibersihkan..dan dipisahkan kepalanya..masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong...bubuh lebih kurang 3/4 daripada kebesaran sotong...santan yg digunakan utk rendam tadi boleh la dimasukkan sekali..biar dia lembab sikit... jgn bubuh byk sgt pulut dlm sotong kerana ada beberapa kemungkinan
- pulut tu tu akan keluar dr perut sotong
- sotong kita akan pecah atau terkoyak
- pulut yg keluar byk sgt memungkinkan melekat kat periuk dan hangit dan may be ketupat sotong kita akan berbau hangit..tak berapa best la kan..tp kalau korang guna kaserol atau non-stick punya periuk..mama rasa ok kot..
Lepas aje isikan beras pulut, ambil kepala sotong...satukan dia kembali dgn bdn sotong...kiranya cinta bertaut kembali la...gunakan lidi sebagai ejen penyatuan...cucukkan dia...buat cross kat penyambungan...ala2 kutub utara dan kutub selatan...kemudian timur dan barat..... ini adalah nak elakkan pulut terkeluar...
Bila dah siap semuanya... masukkan dlm periuk... masukkan santan cair...agak2 setara ngan sotong...masukkan sedikt halia yg diracik halus....tp jgn byk sgt halia ye..takut berbau pulak...mama bubuh halia sbb nak kurangkan bau hanyir sotong..kalau korang tak suka halia...don't worry..tak payah letak....
masukkan daun pandan yg disimpul kasih...cheewahhh..kalau la masih ada lebihan pulut...kalau mama la kan..mama letak aje dlm periuk tu sbb Uyeeh suka makan pulut sahaja...
Tutup periuk tu ok....masak dgn api yg sederhana... jgn kuat sgt tau..nnt sotong tak masak dgn sempurna...
Lepas tu tunggu aje la.. kdg2 pergi la jenguk...lebih2 lagi kalau guna periuk steel biasa mcm mama...iya la takut hangit ke ..ape ke..kacau perlahan2 ye....
Bila dah mendidih dan sotong nmpk masak..masukkan manisan tu.... bubuh la agak2 ye..agak2 manis dan menjadikan ia berwarna coklat...
Masukkan santan pekat...ikut kesesuaian.....tapi jgn biarkan sotong kita kekeringan ye...Ketupat sotong ni kena kuah dia pekat2 sikit..baru perggghhhh molek... 'nyakut' ore Kelate kato...hehehe
Bila dah mendidih dan masak...sotong tu nmpk empuk...rasa la... kalau korang nak manis lagi...tmbah gula...atau manisan lagi...kalau dah berwarna coklat tp belum manis..tmbah aje gula... kalau suka ala2 manis.. up to you....tp kebiasaannya org Kelantan suka manis...hehehe..mcm ayah mama dan papa....
Bila dah siap....hidangkan...dgn kasih sayang....
Ermmmm...kalau Kak Ya (kakak mama).. tgk mesti marah ni...sbb time dia balik hr tu mama tak sempat nak buat...lain kali ye..
Haaa..senangkan... kalau nak lebih berkat dan menyedapkan hidangan bacalah Bismillah, selawat dan doa2 berkaitan...dan of coz niat tu utk kasih syg....nak doa memasak..sila ke
Friday, November 29, 2013
GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)
Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'
Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”.
Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.
Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.
Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.
Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?
Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.
Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.
Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.
Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah. - aiyangdisayang
Monday, November 25, 2013
Thursday, September 19, 2013
"10 SURAH YANG BAIK DIAMALKAN SETIAP HARI"
(salah satu cara untuk mengelakkan gangguan syaitan dan iblis)
1. SURAH AL-FATIHAH(1)
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN (36)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN (44)
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH (56)
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR (108)
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN (109)
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK (67)
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS (112)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ (113)
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS (114)
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Saturday, September 14, 2013
Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain...

link di sini
Doa ketika ditimpa musibah atau ketika dianiaya
1.“If a servant of Allah is afflicted with a misfortune and says: ‘Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, Allahumma ajirni fi musibati wa akhlif li khairan minha‘ (Verily we belong to Allah and truly to Him shall we return. O Allah! Protect me in this calamity that has befallen me and replace it with something better), Allah will accept his prayer, grant him reward for his affliction, and replace it with something better.”1
2. Sabda Rasulullah SAW riwayat Imam Ahmad.
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya)"
Rasulullah telah memberi amaran terhadap bahaya doa orang yang teraniaya (dizalimi).
Hari ini kamu menganiaya orang yang tidak berdaya, maka bersiap sedialah, akan sampai waktu kamu terima balasan, waktu itu kamu terkapai-kapai tanpa pertolongan.
Kepada sahabat-sahabat ku itu, aku tahu kamu dizalimi, bersabarlah dan ketahuilah bahawa Allah bersama kamu...
Banyakkan baca doa yang sangat mujarab dan cepat mendapat jawapan dari Allah ini
Allahumma Ajurni Fi Musibati Wakh lufli Khairan Minha
Ya Allah mereka ini (sebutkan namanya) telah berlaku zalim kepada ku. Aku mohon balasan setimpal ke atas mereka, dan bantulah aku keluar dari kesusahan ini.

Thursday, September 12, 2013
7 Jenis Masakan Yang Bercahaya (Masakan Yang Berkat / Baik Utk Kesihatan Rohani).
Saya Pernah Bertanya Kepada Seorang Yang Alim Mengenai "Jenis-Jenis Masakan Yang Bercahaya (Mempunyai Nur)".
Beliau Memberitahu Terdapat 7 Jenis Masakan Yang Bercahaya (Masakan Yang Berkat / Baik Utk Kesihatan Rohani).
1. Masakan Dari Seorang Isteri Kpd Suami & Anak-Anak.
2. Masakan Dari Seorang Ibu / Wanita Yang Berumur.
3. Masakan Dari Orang-Orang Yang Berzikir.
4. Masakan Untuk Orang Yang Sedang Kelaparan.
5. Masakan (Menjamu) Untuk Masyarakat Orang Islam.
6. Masakan Di Dalam / Ketika Peperangan Berlaku.
7. Masakan Yang Datangnya Dari Masjid (minta kebenaran dulu).
Orang Alim Tuh Pesan, Klu ada Rezeki Dari Masjid, Amik, Bwk Balik Umah.. Suap Pada Mulut Isteri, Suap Pada Anak-Anak... Suapkan Rezeki Yang Penuh Keberkatan, Bercahaya, Mudah-Mudahan Allah Lembutkan Hati Mereka Semua Suatu Hari Nanti... Amin..

Thursday, September 5, 2013
Sunday, August 4, 2013
Dia kembali ke Rahmat Allah dalam keadaan bersujud

Bangi, 1 Ogos - Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini, Roslan Ishak, mengejutkan orang ramai, apabila beliau ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit.
Kejadian ini menggemparkan penduduk setempat, tambahan pula di bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Sebelum ini kejadian seperti ini hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.
Apapun, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah.
Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi.
Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini.
Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan bersama...
Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.
Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yang diikutinya.
Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung.
2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.
3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.
4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.
5. Kata beliau lagi jangan sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati - "ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... & insya Allah anak2 beliau yang soleh).
6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula...
Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh.
Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.
Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian untuk dimandikan dan seperti tidur.
Melihat kepada kak Mar yang sederhana dan lembut orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.
Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar tidak banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al fatihah...
Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta... fb PHR
kembali ke Rahmat Allah dalam keadaan bersujud
Thursday, July 18, 2013
recall
When u are hurt by the people who
share blood relations with u , recall
Yousuf عليه الصلاة والسلام who was also
betrayed by his brothers.
When u find ur parents opposing u
(in deen) recall
Ibraheem عليه الصلاة والسلام who was opposed by his own
father.
When u are mocked and abused by
ur own relatives just because u adopted
deen over dunya recall Rasool Allah
Sal Allaho Alaihe Wa Sallam who faced
the same.
When u are stuck in some problem
and find no way out recall
Yunus عليه الصلاة والسلام who was stuck in the fish's stomach.
When u fall ill and ur whole body
cries with pain recall
Ayoob عليه الصلاة والسلام who was more ill than u can ever be.
When u see some physical fault in
urself recall Moosa عليه الصلاة والسلام who
couldn't speak properly.
When u feel lonely recall how
Adam عليه الصلاة والسلام would have felt when he was sent to this earth alone.
When u can't see any logic in whats
going on and ur heart asks why is this
happening recall Nooh عليه الصلاة والسلام
who made the biggest ship without
questioning.
سبحان ﷲ
Allah put all those great personalities in trials so that some day someone like You and I, if faced by any calamity, wouldn't question "WHY ME?"
May ﷲ Bless all the Muslims with the correct understanding of His Deen and make us steadfast upon it. Aamin!

Sunday, July 14, 2013
Monday, July 8, 2013
Tuesday, June 11, 2013
Sunday, June 9, 2013
Friday, May 31, 2013
Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"
Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?
Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu sajayang dapat berjabat tangan dengan ratu."
Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”
Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"
Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.
Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"
Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”
Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”
Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...”
https://www.facebook.com/LisaSurihaniLike?ref=stream

Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)
.jpg)

.jpg)