Seorang lelaki muda bangun di awal pagi
utk solat subuh di masjid. Dia
berpakaian, berwudu’ dan berjalan
menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan
pakaiannya kotor. Dia bangkit,
membersihkan bajunya, dan pulang ke
rumah.
Dirumah, dia berganti baju, berwudu’, dan,
berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi
di tempat yg sama! Dia, sekali lagi,
bangkit, membersihkan dirinya dan
kembali ke rumah.
Dirumah, dia, sekali lagi berganti
baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju
masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia
bertemu seorang lelaki yg memegang
lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu
menjawab
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di
perjalanan menuju masjid, jadi saya
bawakan lampu untuk menerangi jalan
kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih
dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu
mengajak teman barunya yang
membawa lampu untuk masuk bersolat
subuh
bersamanya. Lelaki tadi menolak.
Berkali-kali diajak tetapi jawapannya
sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak
untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa
lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat
kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg
membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu
pulang
ke rumah, membersihkan badan dan
kembali ke masjid, Allah mengampunkan
semua dosamu. Saya membuatmu jatuh
kedua kalinya, dan itupun tidak
membuatmu merubah fikiran tetapi
tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa
seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika
saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa
seluruh penduduk desamu, jadi saya
harus memastikan bahwa kamu sampai
dimasjid dgn selamat..’
MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita
mahu lakukan, kerana kita tidak pernah
tahu ganjaran yg bakal kita perolehi
dari segala kesulitan yg kita hadapi demi
melaksanakan niat baik tersebut .
https://www.facebook.com/RevolusiAnakMudaMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment