Antara amal paling afdhal, paling bermanfaat di musim cuti sebegini tentunya menziarahi kaum kerabat, jiran, sahabat handai, orang sakit, orang tua dan kaum muslimin kerana menghargai persaudaraan seislam dan menunaikan hak kemanusiaan iaitu hak kekeluargaan, hak persahabatan, hak kejiranan dan lain-lain.
Antara hadith kelebihan amalan ziarah ialah;
روى الإمام أحمد وأبو داود عن عليٍّ رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: «إذا عاد الرجل أخاه المسلم مشى في خرافة الجنة حتى يجلس فإذا جلس غمرته الرحمة، فإن كان غدوة صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن كان مساء صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح».
· المسند (612، 22273)، وأبو داود (3098، في معناه)، وابن ماجه (1442)، انظر "السلسلة الصحيحة" (1367).
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya.
Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment