Sudah beberapa hari saya mengingatkan si bungsu iaitu anak kecil saya yang baru habis SPM supaya jangan balik jauh-jauh malam sehingga awal pagi (kul 2pagi).
Peristiwa Aminulrasyid Amzah amat menghantui kotak fikiran saya.
Baru(2.30 pagi) sekejap tadi dia balik.
Saya: Dik(dik tu dialah panggilan manja saya kepadanya) dah banyak kali mak bagitau jangan balik lambat-lambat. Sekarang ni dah dua orang kena tembak polis.
Adik: Orang pegi kedai Rahmat (kedai mamak 24 jam tu. Dia selalu tengok bola di situ) je. Orang bukan jalan kaki.
Saya: Tu yang kena tembak tu tak jalan kaki juga. Naik kete dengan motor pun.
Untuk pengetahuan kesemua anak lelaki saya (3 orang semuanya) tidak dibenarkan mengambil lesen apa-apa pun sehingga keperluan( iaitu apabila mereka masuk IPTA/IPTS). Ini saya dah sepakat dengan abahnya. Jika mereka kecek juga mereka kena beri alasan dengan bos(abahnya).
Berbalik kepada conversation di atas. Macam mana cadangan supaya perkara yang terjadi kepada arwah Aminulrasyid boleh dielakkan? Seperti budak baik lain sedikit kedegilan mesti ada pada anak kesayangan saya ni(bukan senang oi, mengandungkan dia kurang 4 minggu nak cukup 9 bulan. Nak lahir pun kena vakum. Kalau lambat tak tengok dunia lah). Membuktikan mereka adalah normal.
Cadangan:
1. Malam ini apabila dia sudah tidur saya ikat kaki tangannya supaya dia tidak dapat keluar ke mana-mana. Tak boleh nanti saya akan di dakwa penderaan kepada kanak-kanak kerana umurnya belum 18 tahun.
2. Saya kurung dia dalam satu bilik. Pun tak boleh juga atas alasan seperti di atas.
3. Munkin minta sokongan YB-YB bawa ke Parleman (ini baru kita boleh kata dipolitikkan) supaya ditiadakan kedai 24 jam yang menyiarkan bola ke apa-apa jelah. Pastikan kedai-kedai itu tutup pada pukul 8 malam. Budak-budak pun tak keluar malam dan senang kejutkan mereka untuk sembahyang subuh.
4. Kalau perlu ada juga takut-takut pendapatan cukai negara berkurang(takut orang kerajaan tak dapat bonos). Kalau gitu adakan kawalan seperti rukun tetangga untuk mengawal budak-budak yang tengah naik dan nakal sikit-sikit ni. Bila nampak mereka keluar kita kejar ramai-ramai dan hantarkan mereka balik rumah.
Senang polis pun tak payah ronda lagi. Mereka tumpu siasatan jenayah besar-besar sahaja. Seperti menangkap orang yang ceramah politik kat masjid, surau dan sebagainya.
5. Lepas tu TV nanti tanya tahukah anda di mana anak anda berada? Kita pun boleh jawab.
Monday, May 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pasang astro memang cadangan paling baik sekali....
ReplyDeleteKalau ada penaja bil Astro dan bil letrik bolehlah
ReplyDelete