Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.
Rasulullah S.A.W bersabda : "Tidak berkumpul dalam hati seseorang manusia antara Iman dan Dengki....HR Ibnu Hibban dan Baihaqi
*maknanya jika ada iman tidak akan ada dengki....jika ada dengki tidak ada iman (tidak sempurna iman)..Betapa besarnya dosa dengki..Nauzubillah
Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya "sifat dengki itu memakan pahala amalan kamu sepertimana api memakan kayu api"...
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa:
"Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."(Hadis Riwayat Tirmizi)
Firman Allah S.W.T :
"Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani."..(Surah Al-Hujurat: ayat 12)
Wednesday, May 29, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment