Sunday, May 11, 2014

Jemput-Jemput Air Didih


Janganlah ada yang terkejut or pelik la baca nama jemput2 ni..Just untuk bezakan cara bancuhan dengan jemput2 biasa tu je...Cara ni biasa mak Ummi yang buat. Xdalah pelik sangat pun, cuma air yang pertama dimasukkan dan digaulkan dengan tepung adalah air mendidih tuuu..hehe..Bila bancuh cara camni, x perlu letak baking powder ke, soda bikarbonat ke...very simple...tengah panas rangup betul dan bila sejuk pun lembut sampai ke petang...Meh bancuh jemput..hehe
Bahan:-
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 cawan air mendidih
  • 1 3/4 cawan air biasa (lebih kurang la ni)
  • 15 ekor udang - (kalu besar, kerat2 sikit)
  • 1 labu bawang besar (dadu)
  • taugeh ikut suka (byk sikit lg sedap)
  • daun kucai - kerat 1 inci
  • 1 biji cili merah - hiris halus2
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak banyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:-
  1. Satukan dan gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam
  2. Masukkan udang dan sayuran serta cili. Gaul rata.
  3. Masukkan dulu air panas dan gaul menggunakan garfu atau senduk kayu. Biar rata. (tepung akan berketul2 sikit).
  4. Kemudian masukkan air biasa dan bancuh seperti adunan jemput biasa hingga mesra.
  5. Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan balik-balikkan selalu jemput.
  6. Bila telah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos kesukaan.

Saturday, May 10, 2014

20 Cara Untuk Mengelak Dari Bersalam


https://www.facebook.com/photo.php?v=760397193983304

Apam Nasi @ Apam Beras

rsz_apam_nasi1

Apam nasi memang menggunakan nasi sejuk, yeast, tepung gandum, tepung beras, air dan gula. Bahan2 yang mudah dan ringkas. Makan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Kalau nak makan macam tu pun boleh, tapi dah gaya orang kita makan apam dengan kelapa parut. Kalau ikut resipi asal, agak banyak dan cm buat 1/2 bahagian seperti yang cm akan tulis nanti. Lagi pun penduduk rumah tak ramai. Satu lagi, kalau anda buat jangan guna paper cup macam cm guna tu, elok anda guna acuan apam yang disapu dengan sedikit minyak. Sebab cm agak kesuntukan masa dan malas nak menyelongkar cari acuan apam, maka ku guna muffin cup aluminium dan alas dengan paper cup. Jadi tu memang jadi, cuma papercup tu melekat kat apam, rugi! Satu lagi anda boleh letak apa2 kaler yang anda suka, macam cm leta kaler hijau dan merah....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar)
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (macam cm, guna 2 kaler). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
  3. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama)..
  4. http://www.tiffinbiru.com/2013/03/apam-nasi-apam-beras.html
  5. http://yatiememories.blogspot.com/2012/11/apam-beras.html

APAM TEPUNG GANDUM..kak fida



Resepi: kakfida@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam

Cara-cara

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
(nota Q: saya lebih suka kalau apam2 ni dibuat menggunakan gula kabung...jadiknya ..kita kena la masakkan dulu gula tu.....ambik seketul gula saiz besar..lepas tu masakkan dgn secawan air...dan sehelai daun pandan...masak hingga gula cair dan tutup api..sejukkan gula tu...bila dah sejuk...baru bancuh apam...saya masukkan tepung dalam mangkok....campur dgn 1 sudu besar gula pasir ( yg ni saya tambah)...campur dgn secubit garam..gaul2 rata...leaps tu buatkan lubang ditengah2 tepung....sampai nampak dasar besen..lepas tu..masukkan yis...kemudian isi air 1/12 cawan...kacau2 hingga berbuih yis tu..dan akhir sekali masukkan air gula kabung..kacau2 rata hingga tak bergentel tepungnya....( tepung tu saya ayak dulu..sekali je)....bila dah rata..masukkan kedalam loyang yg telah di griss...biar dia penaik 2 kali...penting cara ni...kena naikkan adunan dalam loyang terus ye..kalau tak nanti apam bantat kalau nak pindah2 bila dia dah penaik tu..wajib ikut cara ni baru apam jadik...lepas tu panaskan pengukus dan kukus la 1 jam....)

Apam Tepung Beras dengan yis



1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - merah dan hijau

Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai  dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit  dengan api kuat.

Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.

Apam Tepung Beras Tapai Pulut

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
1/2 cawan tapai pulut ( dari 6 bungkus tapai pulut)
2 1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 paket eno saiz kecil
sedikit pewarna merah atau hijau
Cara-caranya
1. Dengan menggunakan blender,  kisar tapai pulut, gula dan air hingga halus kemudian masukkan tepung beras. Kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan perap semalaman.
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati, bahagi adunan pada 3 bahagian, 1 bahagian biarkan warna asal, dan selebihnya di warnakan dengan warna merah dan hijau.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 8 hingga 10minit dengan api kuat. Ulang langkah tadi sehinga adunan habis.
4.  Setelah dikukus keluarkan dari acuan dan taburkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam jika suke. Selamat Mencuba.
tapai pulut yang ros gunakan
apam tepung beras tapai pulut yang lembut dan gebus
lembut sepanjang masa
Nota: Kalau nak terus kukus dalam satu loyang besar pun boleh, dan lebihkan masa kukusanya lebih kurang 40 minit, dan warna kan sahaja adunan apam tapai pulut ni dengan warna kegemaran anda.

Apam Tapai Ubikayu

+
Bahan-bahannya
4 - 5 ketul tapai ubikayu(bila dilenyek lebih kurang 1 cawan)
1 cawan gula(kurangkan sikit bergantung kepada kemanisan tapai)
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Sepeket eno

Caranya
Blender tapai ubi, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno dan kacau.  Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan sehingga hampir penuh.  Kukus selama 10 - 15minit.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam.
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/12/apam-tapai-ubikayu.html