Sebenarnya bukanlah saya tersangat free pada masa kini tetapi seperti yang saya bilang kelmarin saya sedang dilanda phobia yang amat sangat bahawa saya akan jadi semakin santai di dalam kehidupan ini dan bahan kelabu (grey matter- betul ke ejaan ni tak pasti apa translation yang terbaik) dalam tengkorak (cranium) saya akan beku kerana sudah lama tidak diaktifkan.
PRK Hulu Selangor
Hari ini PRK Hulu Selangor. Sebagai orang yang mahu melihat perubahan saya memang harap Hulu Selangor dapat dipegang semula oleh Kerajaan Selangor tetapi sehingga saat ini terkini saya nampak keputusan nampaknya lebih berpihak kepada pembangkang kerajaan Selangor.
Saya hormati keputusan rakyat Hulu Selangor. Setelah ini bolehlah sesiapa yang berjaya menunaikan kewajipannya dengan adil dan tidak memilih bulu dan sepatutnya begitulah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment