Monday, April 26, 2010

No Komen?

No komen? Bermaana kenkawan belum jumpa my blog atau tidak ada sesiapa pun yang membaca my komen kat facebook (buku muka kata Pyanhabib).
Anyway I just try updating everyday as I told before to activate my grey matter.
Its late so I just write a few lines.

Warisan Penjajah
Hari ini saya pergi Ipoh. Mula-mula ke pejabat tanah bayar duit hasil tanah.
Duit hasil tanah sepatutnya untuk tanah yang mendatangkan hasil tapi tak kira ada hasil tak de hasil iaitu tapak tanah untuk duduk sendiri pun kena bayar.
Kesan dari warisan pentadbiran penjajah yang masih kita pertahankan.
Harap-harap adalah suatu hari seorang MP bangkitkan perkara ini dalam parleman. Barulah boleh dikatakan negara berkebajikan.

Musang Berjanggut
TV sedang tunjuk cerita P.Ramlee Musang Berjanggut dan Saadiah sedang bertanya kepada Datuk Nikah Kawin samaada salah atau tidak seseorang masuk ke rumah seorang perempuan ketika suaminya tiada di rumah. Jawabnya dah tentu salah tetapi undang-undang dia bikin.
Tapi kita sebagai rakyat Malaysia masih percayakan Musang Berjanggut. Fikir-fikirkanlah.

Adun OKU
Kemudian saya ke Celcom bayar bil telefon. Munasabahlah sebab kita dah guna.
Kemudian pergi tengok perkembangan rumah saya yang sedang diubahsuai. Kontraktor yang bikin rumah saya itu sangat marah dengan si OKU Adun Jelapang itu. Tak pa kita ada PRU13, PRU14 and so on and so on. Suatu hari orang kita akan sedar dan tidak malas untuk membawa perubahan.

Daftar Haji
Singgah di kedai makan untuk makan tengah hari dan lepas tu sembahyang jemaah di masjid Kg Melayu dekat Medan Gopeng.
Lepas tu pergi Tabung Haji untuk daftar haji tapi kecewa saya terlambat beberapa hari. Sudah datang pekeliling baru yang menyatakan pendaftaran baru boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh haji yang lepas. Sedangkan saya baru saja balik dari mengerjakan haji pada tahun lepas (TH 1430). Saya harap undang-undang ini boleh dipinda supaya sesiapa yang sudah bersara akan dikecualikan dan boleh membuat rayuan. Umurku sudah 57 tahun dan lagi 5 tahun aku akan berumur 62 tahun. Tak pasti samaada umurku masih panjang atau kesehatanku akan mengizinkan. Tidak mustahil akan keluar pula undang-undang had umur haji setakat 60 tahun atau mereka yang sakit keronik dilarang ke tanah suci bagi mengerjakan haji. Selepas mendaftar my turn will come when I am 100.
Sebelum ni undang-undangnya kena simpan setakat RM 1310 baru boleh mendaftar. Aku terpaksa tunggu sehingga pencen pada tahun 2009 pada umur 56 baru boleh mendaftar kerana waktu itu baru ada duit sebanyak itu (duit ganjaran) dan diberi giliran sehingga tahun 2023. Ketika itu umur saya sudah 70 tahun. Ada harapan saya dikuburkan di Kg Almaala atau saya terpaksa bayar upah untuk semua ibadah yang saya kerjakan dan jika mahu buat juga tidaklah sempurna dan menyusahkan banyak orang.

Doa
Alhamdullillah God is Great. Dia makbulkan doa hambanya yang benar-benar ikhlas untuk beribadah. Pada ketika aku sudah cukup duit dan di saat Tabung Haji pun menolak untuk menerimaku aku telah ditawarkan oleh pihak pakej haji swasta. Alhamdullillah.
Dalam apa-apa hal Allah sentiasa mendengar doa-doa hambanya.

No comments:

Post a Comment