Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan dukacita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Shatila
Menyaksi pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerana tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Satu bangsa yang sombong dan hina
Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa
Kekejaman manusia
Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban peperangan
Ternampak lyric ini dalam Suara Keadilan baru-baru ini.
Lagu pertama yang dinyanyikan oleh anak sulungku pada umurnya 3 tahun dan ketika itu percakapannya baru sangat difahami.
Biasalah budak kecil pandai cakap bahasa orang bulan sebelum dia mahir berbahasa ibunda. Tapi dia ni terus pandai menyanyi lagu yang menaikkan semangat ni.
Ketika itu bapanya kerja di Klang dan kepandaian baru ini terus saya laporkan kepada bapanya.
Malam itu juga bapanya sampai di Ipoh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment