Assalamualaikum dan selamat berkenalan kepada rakan bloggers.
Sudah lama saya harass anak saya (vovin) supaya wujudkan satu blog untuk saya kerana ditakuti apabila otak ini lama tidak diaktifkan ia akan menjadi bebal dan semakin nyanyuk.
Anak saya bilang (ikut stail indon sikit) mak belajar buat entri dulu nanti yang lain-lain dia akan ajar kemudian. Maklumlah kita asalnya dari generasi yang alam persekolahannya tiada menggunakan komputer, jadi kita agak buta IT. Cuma dihujung-hujung alam pekerjaan iaitu lebihkurang 10 tahun sebelum bersara barulah saya pandai menggunakan komputer untuk menjalankan kerja harian dengan komputer. Sementelah pejabatku telah menghapuskan jawatan jurutaip dan banyak kerja-kerja akaun dan data admin boleh dikeluarkan dari sistem saja.
Terpaksa belajar menggunakan microsoft words,excell, access(entah betul ke ejaannye?) untuk hidup kalau tidak, ada harapan ditukarkan ke tempat jauh atau susah naik pangkat. (Setakat cc je tak sempat naik tinggi lagi sebab sibuk membela anak).
Saya akan masukkan profile saya kemudian apabila sudah belajar daripada vovin.
Sekarang bolehlah get down to business iaitu menjalankan aktiviti otak sambil berkongsi pendapat dan mendapat feedback daripada rakan-rakan semua.
Saya baru dapat satu berita sedih yang boleh juga menaikkan kemarahan saya. Seseorang yang hampir dekat dengan saya bakal menerima cucu yang dibenihkan di luar nikah. Yang membuat saya sangat terkesan ialah bakal ibu itu baru dalam tingkatan dua. Baru saja menanggalkan pampers bayi dan bertukar ke tuala wanita. Begitulah jika kita cakap nanti kita di anggap sebagai berpolitik tetapi senarionya begitulah.
Apabila terjadi begini orang yang pertama dituding adalah ibubapanya sendiri. Bagaimanalah nasib bakal ibu itu nanti?
Ada ura-ura untuk mengadakan sex education supaya anak-anak kita (yang masih berkawan dan belum ada ikatan pernikahan) lebih pandai mengelak dan menjaga supaya tidak mengandung.
Tidakkah memperhebatkan lagi kehidupan cara Islam itu lebih baik?
Keadaan masyarakat kita hari ini lebih mengagungkan keseronokan duniawi.
Melihat prasarana yang disediakan oleh kerajaan hari ini tidak hairanlah gejala remaja ini akan berterusan hingga ke akhir zaman. Bayi-bayi dari ibu-ibu keturunan Islam akan dibuang sebagai sampah yang tidak berguna dengan sewenang-wenangnya. Jika tidak dibuang pun sekurang-kurangnya ada pencemaran keturunan.
Setiap keluarga Islam di Malaysia ada potensi untuk menjadi stastistic jika perkara ini tidak diperangi habis-habisan. Pendidikan Islam yang secukupnya tidak menjamin perkara ini dapat dielakkan.
Setiap hari ada saja keluarga yang termasuk dalam statistic ini.
Ya Allah mohon lindungilah kami jangan keluarga kami atau ahli keluarga kami atau kaum kerabat kami jatuh dalam statistic ini. Kami sangat-sangat takut akan bala dari mu. Amin
sabar dan berdoa penting
ReplyDeletejumpa kauseling jln yang terbaik..
dah cuba tapi tak mau
ReplyDelete