Tuesday, May 20, 2014

BAGAIMANA NAK KHUSYUK DLM SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.

Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

https://www.facebook.com/zamri.pmkb

Natural Painkillers

Photo

https://www.facebook.com/pages/PreventDiseasecom/199701427498?ref=stream

Peringatan buat diriku yang selalu lupa

BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE LAGI 
Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku 
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.. 

Assalamualaikum.

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .
..Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,anda dpt pahala walau slps mati .
Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .

Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala

Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap ada .

Kongsi mesej ini kpd orang
ramai ... Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akan dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu.

InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ..

7 kalimat yg harus di biasakan..
1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 


https://www.facebook.com/mohdnazri.abas.7

Undang undang jenayah dalam Islam

Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :
a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir
Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
Hudud pula melibatkan 6 kes :
a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)
Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :
a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

Sunday, May 18, 2014

AGAR-AGAR BERPERISA STRAWBERI


10 g agar-agar
1 liter air
3/4 cawan gula ( boleh kurang atau tambah ikut kemanisan yang di ingini )
1/2 cawan kordial berperisa strawberi ( apa2 perisa pun boleh )
Bahan kuah
Susu cair
Cara penyediaan
1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
2. Masukkan gula dan perisa strawberi. Masak hingga gula larut.
3. Tapis, masukkan dalam acuan dan bekukan. Simpan dalam petisejuk sebentar.
4. Bila telah beku bolehlah dipotong2 dan di hidangkan didalam sandy glass.
5. Tuangkan susu cair ke atas agar-agar dan bolehlah di makan.
http://www.potretkasih.com/tag/agar-agar-berperisa-strawberry/

RESEPI BELEDO MERAH aka Agar-agar merah kosong/Plain
*gandakan lagi sukatan kalu nok buat untuk kenduri/bekwoh besar-besaran*

Bahan2nya:

  • agar2 50g (2 plastik @ 25g setiap satu, yang biasa dijual di pasaraya)
  • air 3 botol besar (saiz botol air mineral 1500 ml)
  • gula batu satu plastik @ 250g
  • gula pasir 1 setengah cawan
  • daun pandan 5 helai disimpul
  • perisa ros 1 scop (penutup botol star brand)
  • pewarna merah setengah scop (penutup botol star brand)*lebihkan sikit kalu nak merah lagi. Bagi saya setengah scop tu dah orite, tapi kalu tempat bekwoh biasa kaler menghoh lagiii.... :)*

Cara:
  1. Rendam sekejap agar2 kemudian basuh bersih.
  2. Rebus agar2 dengan air. Biarkan sampai agar2 hancur sepenuhnya.
  3. Kacau sekali sekala agar tidak melimpah keluar periuk.
  4. Bila dah agar2 dah hancur, masukkan daun pandan serta gula batu diikuti dengan gula pasir.
  5. Biarkan lama masak, sampai semuanya sebati baru ditutup api.
  6. Tambahkan perisa ros dan pewarna merah.
  7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibilas terlebih dahulu. Tak payah dilapkan selepas dibilas loyang *untuk mudah keluarkan agar2 bila dah keras nanti*
  8. http://fzmenu.blogspot.com/2010/09/beledo-bekwoh.html

Saturday, May 17, 2014

Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu

Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu

http://agendsai.blogspot.com | .
Khamis, Mei 15, 2014
(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Terserlah ketakutan Mahathir
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.

Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.

Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.

Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.
http://agendsai.blogspot.com

Monday, May 12, 2014

Cucur Udang Rangup2..

Bahan-bahan
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu (bersihkan buang kepala n janggut nyer)
*2 biji bawang besar (mayang)
*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)
*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3-4 senduk tepung gandum (mengikut keperluan)
*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara2 nk Masak


Masukkan semua bahan yg bertanda * dalam bekas dan gaul sebati  sampai tepung menyaluti semua bahan2 seperti dalam gambar.



Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar jgn terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.



Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar. Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.



Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.

Hah tu dia cucur udang special jiran aku tengok pun korang tau rangup kan hehehhe.. Cuma kekurangan bahan cicah je aku td kalau tak mau juling aku makan heheh..


Kalau korang rajin gunting kecil2 cucur udang nie pastu korang potong ler timun sikit, sengkuang sikit pastu korang goreng tauhu potong gak siram ngan kuah kacang