Wednesday, April 10, 2013
penyebaran fitnah dan sumpah laknat
kuliah maghrib di masjid ittihadiah tadi. “Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita/fitnah yang memalukan orang Islam (termasuk juga) dalam mana-mana orang, maka bagi mereka itu adalah azab Allah di dunia dan di akhirat Allah mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahui”.
kuliah maghrib di masjid almuttaqin taman meru, ipoh. hanya ada dua sumpah sahaja di dalam islam dan kedua-duanya tidak dilakukan di dalam masjid tetapi dihadapan hakim. tidak perlu memegang alquran. pertama Li'an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja. kedua ikrar atau pengakuan sukarela secara insaf oleh si pelaku yang melakukan kesalahan seperti mencuri, berzina, liwat dan membunuh dan dia mohon supaya dijalankan hukum hudud ke atasnya. tidak ada sumpah menuduh orang dari pihak lain lain kecuali di adakan 4 orang saksi. jika tiada saksi dan sipelaku tidak mengaku hukumannya lepas tetapi di akhirat tetap menanti. tidak perlu kita mengaibkan orang dengan mengedarkan video atau apa-apa cerita yang belum tentu kebenarannya. selain dari dapat dosa mengaibkan orang kita juga dapat saham mengumpat. sekadar mengingatkan kerana cintanya aku kepada sahabat2 supaya kita termasuk dalam golongan ke4 yang dinaungi Allah pada hari yang tiada perlindungan bagimu(hari kiamat)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment