Saturday, May 10, 2014

Apam Tepung Beras Tapai Pulut

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
1/2 cawan tapai pulut ( dari 6 bungkus tapai pulut)
2 1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 paket eno saiz kecil
sedikit pewarna merah atau hijau
Cara-caranya
1. Dengan menggunakan blender,  kisar tapai pulut, gula dan air hingga halus kemudian masukkan tepung beras. Kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan perap semalaman.
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati, bahagi adunan pada 3 bahagian, 1 bahagian biarkan warna asal, dan selebihnya di warnakan dengan warna merah dan hijau.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 8 hingga 10minit dengan api kuat. Ulang langkah tadi sehinga adunan habis.
4.  Setelah dikukus keluarkan dari acuan dan taburkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam jika suke. Selamat Mencuba.
tapai pulut yang ros gunakan
apam tepung beras tapai pulut yang lembut dan gebus
lembut sepanjang masa
Nota: Kalau nak terus kukus dalam satu loyang besar pun boleh, dan lebihkan masa kukusanya lebih kurang 40 minit, dan warna kan sahaja adunan apam tapai pulut ni dengan warna kegemaran anda.

Apam Tapai Ubikayu

+
Bahan-bahannya
4 - 5 ketul tapai ubikayu(bila dilenyek lebih kurang 1 cawan)
1 cawan gula(kurangkan sikit bergantung kepada kemanisan tapai)
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Sepeket eno

Caranya
Blender tapai ubi, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno dan kacau.  Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan sehingga hampir penuh.  Kukus selama 10 - 15minit.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam.
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/12/apam-tapai-ubikayu.html

Saturday, February 8, 2014

Monday, January 20, 2014

Doughnuts / donut recipe



The ingredients for making approx. 12 hot ring doughnuts are as follows:

350g strong white flour
Pinch salt
30g caster sugar
50g margarine
7g fast-action dried yeast
65ml warm milk
65ml warm water
1 large egg, beaten
Vegetable oil, to deep fry

For the coating:
3 tablespoons caster sugar
½ tablespoon ground cinnamon

http://youtu.be/a4JTsd9nbWc