Showing posts with label Aminulrasyid Amzah. Show all posts
Showing posts with label Aminulrasyid Amzah. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Aminulrasyid Amzah 111

Alfatihah. Sudah 15 hari berlalu air mataku masih menitis apabila menuntun video Aminulrasyid. Sebagai ibu yang mempunyai anak remaja yang agak nakal sepertinya hatiku sangat tersentuh bersama kesedihan yang sudah tentu masih berlabuh di hati keluarga Aminulrasyid terutama ibunya.
Bersabarlah dan berdoalah. Semoga dia bersemadi dengan aman di sana. Dia anak yang bertuah kerana disayangi.


Sunday, May 9, 2010

Aminulrasyid Amzah 11

Alfatehah

At the wrong time and the wrong place.

Kepada keluarga janganlah bersedih. Redhakan kepergiannya kerana tuhan lebih menyayanginya. Walauapapun terjadi hanya Allah maha mengetahui dan ada hikmahnya. Kepada yang berdosa dan masih diberi peluang untuk meneruskan penghidupan, bertaubatlah. Pertelingkahan tidak akan menghidupkan yang telah pergi. Tetapi keadilan perlu ditegakkan akan jadi pengajaran kepada yang belum sedar.

Sebagai seorang ibu yang juga mempunyai anak aku menangisi kepergianmu.

Aminulrasyid Amzah
Indah
Namamu pemberian ibumu
Kurniaan Allah kepadanya 15 tahun yang lalu
Aminulrasyid Amzah
Air mataku menitis bersama kesedihan ibumu
Tiada simpati dari
Mereka yang tidak kenal kasih sayang
Aminulrasyid Amzah
Tenanglah engkau bersemadi di sana
Aminurasyid Amzah
Alfatehah

Wednesday, April 28, 2010