Kemungkinan anda mempunyai masalah untuk menyimpan gula kerana bimbang dimasuki semut. Simpan gula dalam bekas atau balang dan kemudian letakkan bersamanya bawang merah dan bunga cengkih kemudian terus ditutup.
Hasilnya pasti memuaskan kerana gula anda tidak lagi dihurungi semut.
2. ASAM JAWA GANTI KUNYIT GORENG IKAN
Selalunya ikan akan digoreng bersama dengan garam dan kunyit. Bagaimanapun jika anda kehabisan kunyit ketika sedang menggoreng ian, janganlah risau kerana boleh mencuba alternatif lain. Caranya adalah dengan menggaul ikan dengan asam jawa. Walaupun rupa ikan yg digoreng tadi akan bertukar warna hitan tetapi tidak bermaksud hangus malah rasanya juga SEDAP bila dimakan.
3. REDARKAN PIJAR TANGAN
Perit tangan yg pijar disebabkan memegang @ memotong cili merupakan antara masalah yg kerap dialami terutama mereka yg alah kpd pedas cili. Bagi yg kerap mengalami masalah ini, ia dpt diredakan dgn meramas tangan yg pijar dan telah dikeringkan ke dalam beras selama beberapa minit. Selamat mencuba
4. MENGHILANGKAN WARNA KUNYIT HIDUP
5. MENGHILANGKAN HANYIR DAGING
Bagi mengatasi masalah ini, cuba petua ini: Basuh daging dgn air basuhan beras hingga daging kelihatan putih sedikit. Selepas itu, basuh dgn air bersih. InsyaAllah, bau hanyir dan lender daging akan hilang
6. MENGHALAU SEMUT
Masalah semut didapur merupakan yg kerap dihadapi suri rumah. Beberapa petua ini mungkin dpt membantu mengurangkan & menghalau semut. Masukkan beberapa keping asam gelugur ( asam keping) / beberapa kuntum bunga cengkih ke dlm bekas gula atau tempat laluan semut di rak dapur ini utk menghalau / mengelakkan semut. Bau asam keeping & bunga cengkih tidak menukar rasa manis gula ( sekiranya diletakan didlm bekas gula), Selain itu, anda juga boleh menaburkan beberapa helai daun sireh yg telah disiat-siat pada kawasan laluan semut / tempat semut berkerumun. Letas beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula / memasukkan beberapa ulas bawang merah ke dalam bekas gula. Kulit telur yg dibakar hingga menjadi abu dan ditaburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun juga boleh di amalkan.
7. KILATKAN SUDU DAN GARPU
Rendamkan semua sudu dan garpu anda didlm air asam jawa selam satu jam. Kemudian, keringkan dengan menggunakan kain lembut. Apabila kering, sapukan dengan sedikit minyak masak dan jemur seketika. Setelah kering, lap dengan kain bersih.
8. MENGURANGKAN BAU PETAI
Jika disebut sambal udang petai, pasti ramai yg terliur. Namun, petai mengeluarkan bau yg kurang enak. Bagi mengetasinya, selepas memotong petai, rendam pisau / bekas simpan petai / kuali / periuk didalam air beras selama satu jam. Kemudian, bersihkan seperti biasa.
7. KILATKAN SUDU DAN GARPU
Rendamkan semua sudu dan garpu anda didlm air asam jawa selam satu jam. Kemudian, keringkan dengan menggunakan kain lembut. Apabila kering, sapukan dengan sedikit minyak masak dan jemur seketika. Setelah kering, lap dengan kain bersih.
8. MENGURANGKAN BAU PETAI
Jika disebut sambal udang petai, pasti ramai yg terliur. Namun, petai mengeluarkan bau yg kurang enak. Bagi mengetasinya, selepas memotong petai, rendam pisau / bekas simpan petai / kuali / periuk didalam air beras selama satu jam. Kemudian, bersihkan seperti biasa.
9. SAMBAL BELACAN LEBIH ENAK
Pada kebiasaanya, sambal belacan dibuat dengan mengunakan cili, belacan, garam, gula bersama air asam limau. Tetapi, utk bertukar selera dan ingin mendapatkan sambal belacan yg lebih enak, cuba gunakan air asam jawa dan sedikit udang kering.
Nak lagi sedap sambal belacan tue parut pula buah mangga masak dan lenyekkan dalam lesung batu tue juga dan tambah air asam jawa skit..
10. MEMBERSIHKAN MINYAK GORENGAN
Minyak yg digunakan utk menggoreng sering menjadi kehitaman terutamanya jika telah digunakan beberapa kali. Untuk membersihkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dlm kuali ketika menyerap kehitaman pada minyak gorengan tersebut.
11. KERANG MUDAH DIKOPEK
Kerang yg direbus kadangkala sukar utk dikopek. Bagi memudahkan anda mengopek kerang, campurkan sesudu minyak masak ke dlm air rebusan. Biarkan sehingga air mendidih. InsyaAllah kerang akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
12. MENGHILANGKAN BAU HAMIS KUALI
Kuali sering meninggalkan bau hamis jika sering kali digunakan untuk menggoreng ikan atau telur. Untuk menanggalkan bau yang kurang menyenangkan ini, ambil limau nipis dan gosok pada kuali setiap kali selesai menggoreng. InsyaAllah kuali tidak akan berbau lagi.
13. MENGEMBALIKAN KESEGARAN BROKOLI
BROKOLI yg disimpan beberapa hari pasti akan bertukar warna kekuningan. Untuk mengembalikan kesegarannya, masukkan brokoli ke dlm mangkuk berisi air yg penuh. Biarkan selama satu jam. Hasilnya BROKOLI akan kembali segar.
14. HILANGKAN HANYIR IKAN
Rendamkan ikan-ikan yg dibeli bersama dgn satu liter air yg dicampurkan dengan dua sudu besar soda bikarbonat. Biarkan selama satu jam kemudian bilas bersih. InsyaAllah bau hanyir akan berkurangan dan bolehlah disimpan didlm peti sejuk. Selain itu juga, ikan yg berlendir dan hanyir seperti ikan keli atau ikan haruan boleh dihilangkan dengan cara merendam ikan tersebut dlm dalam air yg dicampur dgn 1 senduk tepung gandum tetapi jangan di bancuh pekat. dan bau segar ikan itu juga tidak akan tercemar oleh tepung itu.
15. JERUK SAWI BUATAN SENDIRI
Potong sawi mengikut kesukaan dan cuci sehingga bersih. Kemudian, jemur selama empat jam. Setelah agak kering, gaulkan dengan garam dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya, tuang air beras ke atas sawi tersebut. Peram beberapa hari sehingga sawi tersebut menjadi jeruk.
16. CILI PADI ELAK SANTAN BERBAU
Santan jika disimpan terlalu lama pasti akan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan dan cepat rosak. Agar santan yg disimpan tahan lebih lama, masukkan dua atau tiga tangkai cili padi ke dlm santan. Kemudian, simpan didlm peti sejuk seperti biasa. InsyaAllah, santan bukan sahaja tahan lebih lama malahan tidak berbau.
17. HARUMKAN BAWANG TUMIS
Bau harum bawang tumis sudah cukup utk membangkitkan selera makan. Justeru, untuk menaikkan bau wangi menumis bawang putih, pastikan bawang putih dicincang terlebih dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya.
18. HILANGKAN BAU PAPAN PEMOTONG DAGING/ IKAN
Bau hanyir pada papan pemotong sememangnya agak sukar utk dihilangkan. Untuk memudahkan kerja anda, gunakan limau nipis. Caranya, gosok limau nipis yg telah dibelah dua pada permukaan papan pemotong sayur/ daging/ ikan anda. Hasilnya, bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang dengan mudah.
19. TELUR TAHAN LEBIH LAMA
Telur yg disimpan terlalu lama pasti akan cepat rosak. Bagi mengatasinya, bersihkankesemua telur dengan air bersih. Lapkan sehingga kering bersih. Kemudian, simpan dengan kain bersih. Kemudian, simpan telur didlm bekas berisi beras pulut.
Atau, susunkan telur dengan bahagian runcing dibawah didlm peti sejuk. InsyaAllah, telur akan tahan lebih lama.
20. MENYUKAT AIR BERAS
Jika terlebih air, nasi yg dimasak akan menjadi terlalu lembik. (mcm nasi nak kasi itik mkn jerk kan..? hehehe) Begitulah jika sebaliknya. Untuk mendapatkan nasi yg seeloknya, amalkan petua ini. Basuh beras seperti biasa. Sukat beras menggunakan jari. Kemudian, masukkan air mengikut sukatan yg sama dengan sukatan beras. Akhir sekali, bolehlah dimasak seperti biasa.
21. DAGING LEBIH LEMBUT
Ambil beberapa ulas bawang putih dan beberapa ketul halia. Kisar lalu rebus bersama daging selama 10minit. Bukan saja daging akan lebih lembut tetapi juga lebih enak dimakan. Selain dari cara itu, daging yang dimasak rendang di dlm kawah or yg dimasak didlm kuantiti yg banyak bolehlah memasukkan buah betik muda yg telah dibersihkan ke dalam masakkan tersebut. Setelah masak buah betik muda tersebut boleh lah di buang atau boleh juga dimakan sekali dengan rendang atau gulai tersebut.
22. ELAK NANGKA MUDA KELIHATAN LEBAM
Masukkan beberapa helai daun ubi kayu ke dalam periuk. Rebus bersama-sama nangka muda tadi sehingga empuk.
23. KUIH TALAM TIDAK MEREKAH
Campuran tepung hendaklah dibancuh menjadi doh sebelum diacirkan. Kemudian, perapkan selama setengah jam atau lebih sebelum dicampurkan dengan santan. Hasilnya kuih talam akan cantik dan berkilat.
24. PERIUK LEBIH BERKILAT
Periuk aluminium agak sukar dicuci jika berkarat. Untuk itu cuba tuangkan sedikit cuka ke dalamnya. Panaskan periuk di atas api perlahan dan kemudian, basuh seperti biasa. Periuk akan kembali berkilat.
25. MENGHILANGKAN BUBUK
Untuk menyingkir bubuk yg terdapat didlm bekas simpanan beras, rak majalah dan buku misalnya, anda boleh menggunakan lada sulah. Caranya, masukkan serbuk lada sulah ke dalam kain kasa dan simpulkan. Letakkan didlm tempat yg menjadi serangan bubuk. Bau daripada lada sulah itu akan menyingkirkan bubuk dari bekas tersebut.
26. HIRISAN EPAL TIDAK KUSAM
Epal yg telah dikupas dan dipotong akan kelihatan kusam dan tidak menarik jika dibiarkan dalam jangka masa yg panjang. Agar ia kelihatan sentiasa segar, rendamkan epal didlm air garam beberapa minit. Ia bukan sahaja kekal cantik malahan lebih enak dimakan.
27. BERSIHKAN PERMUKAAN SETERIKA
Kesan kain terbakar pada seterika pasti meninggalkan kesan2x hitam yg sukar ditanggalkan. Untuk membersihkanna, taburkan garam kasar diatas kertas. Kemudian pasangkan seterika pada suhu yg tinggi. Gosokkan pada kertas tersebut hingga tertanggal kesan-kesan hitam tersebut. Anda juga boleh menggunakan kertas pasir.
28. BUANG KELADAK DALAM BOTOL AIR
Botol air sama ada botol mineral atau minuman ringan yg telah lama diguna pasti akan meninggalkan sedikit kesan keladak dibahagian dalamnya yg terhasil akibat penyimpanan air yg terlalu lama. Bagi membersihkan keladak ini ambil sejumlah garam kasar dan masukkan ke dalam botol yg mempunyai kesan keladak berkenaan. Campurkan dgn sedikit air dan kemudian goncang sehingga kesan keladak ini hilang. Akhir sekali bila sudah hilang, basuh botol minuman dengan air bersih.
29. ELAK GORENG HATI AYAM DARIPADA MELETUP
Bahagian dalamman ayam seperti hati atau pedal ayam memang sedap dimakan, tetapi berdepan dengan masalah ketika menggorengnya. Untuk mengatasi masalah ini, caranya adalah mencuci bersih hati ayam dan gaul dengan garam, kunyit dan bercampur dgn satu sudu gandum dan satu sudu cuka. Setelah digaul sebati, perapkan pula selama 10 minit. Kemudian bolehlah digoreng hati ayam tadi tanpa merasa bimbang ia tidak akan meletup lagi.
30. KURANGKAN MASIN LOBAK MASIN
Ramai dikalangan kita gemar mencampur masakan dengan lobak masin. Walau bagaimanapun lobak masin yg terlalu masin akan menyebabkan ramai dikalangan kita mencampurkannya sedikit sahaja. Sebenarnya ada cara utk menghilangkan rasa masin lobak masin ini, iaitu dengan merendamkan lobak masin ke dalam air panas selama beberapa minit. Kemudian buang air rendaman dan masak ikut citarasa anda. Selamat mencuba.
31. KILATKAN CERMIN
Hanya menggunakan beberapa helai surat khabar lama. Kemudian taburkan sedikit bedak talkum. Gosok pada cermin tersebut. Lakukan berulang kali sehingga anda mendapat hasil yang memuaskan.
32. CUCI LANTAI TANPA SABUN
Untuk menghilangkan kesan kotor pada lantai marmar kadangkala merumitkan. Bagi suri rumah yg ingin membersihkan lantai tanpa menggunakan sabun pencuci lantai yang mempunyai bahan kimia, ada caranya. Anda hanya perlu mengunakan hirisan buah lemon dan taburkan sedikit garam kasar. Biarkan seketika sebelum anda menyentalnya. InsyaAllah segala kotoran degil akan tertanggal dengan mudah.
33. AYAM GORENG LEBIH ENAK
Untuk mendapatkan ayam goreng bersalut yang enak, anda boleh mencuba petua ini. Salut ayam sama ada dengan tepung ataupun serbuk roti. Simpankan di dalam peti sejuk selama 30 hingga 60 minit. Kemudian, gorengkan ayam seperti biasa. Hasilnya ayam goreng anda nyata lazat dan sedap. (Bukan ape, bila dah sampai 1/2 jam terperap daging manusia pun sedap biler kena goreng bertepung, inikan pulak ayam. hehehe )
34. MENJERNIHKAN MINYAK MASAK
Minyak masak yang telah digunakan akan bertukar warna menjadi sedikit keruh. Bagi yang mencari-cari petua untuk menjernihkan minyak agar ia boleh digunakan semula, ikuti petua ini. Setiap kali seepas menggoreng, ambil sedikit kerak nasi dan goreng kerak dgn menggunakan minyak tersebut. Warna hitam pada minyak akan diserap oleh kerak nasi dan minyak menjadi jernih semula.
Malah rasa minyak tersebut tetap seperti biasa. (neutral). Akan tetapi cara ini hanya boleh diulang sebanyak 3 kali penggunaan sahaja. Selepas itu hendak lah dibuang minyak itu.
kerak nasi
35. BAWANG TAHAN LAMA
Biasanya untuk menjimatkan masa memasak, ada yg memilih utk mengupas bawang dalam kuantiti yg banyak dan kemudian menyimpannya di dalam peti sejuk. Namun begitu bawang akan layu dan tidak tahan lama. Bagi memastikan ia kekal segar dan tidak kusam, masukkan bawang yg telah dikupas didalam plastik. Simpan kemas didlm peti sejuk.
>
36. MENTEGA HILANGKAN KESAN MINYAK
Kesan tompokan minyak yg terkena pada pakaian sukar dihilangkan. Cara mudah utk mengatasinya dengan menyapukan sedikit mentega pada bahagian tersebut. Biarkan seketika dan kemudian cuci pakaian seperti biasa.
37. KELUARKAN DURI DI KAKI
Jika kaki anda terpijak duri, dapatkan seulas bawang merah. Lumurkan ia dengan minyak kelapa. Kemudian bakar sehingga hangus dan tampalkan pada tempat yang terkena duri. Ia memudahkan duri dicabut dari tapak kaki.
38.MENGURANGKAN MASIN IKAN KERING
Jika anda mendapati ikankering terlalu masin, rendamkan kedalam air beras. Biarkan seketika dan kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak.
39. AGAR IKAN KELI CEPAT MATI
Untuk mempercepatkan ikan keli mati, masukkan ikan keli ke dalam bekas tanpa air. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan bubuh ke dalam bekas ikan keli itu. Cepat lah ia mati dan lendir pun berkurangan.
40. JANTUNG PISANG TIDAK HITAM
Bagi penggemar ulam jantung pisang, tentunya enak jika jantung pisang drebus cantik. Rebus jantung pisang bersama pucuk ubi. Selain jantung pisang nampak elok, Pucuk ubi juga boleh dijadikan ulaman makan bersama jantung pisang, hendak pulak dicecah dengan kuah air asam jawa / sambal belacan macang. Perrhh.. juling matew makan.. miahahaaa...^_^
41. RANGUPKAN KARIPAP
Adakala karipap yg kita buat agak liat menyebabkan ia kurang sedap dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, sebelum mengadun majerin bersama tepung gandum, hendaklah dimasak bersama minyak terlebih dahulu. Biarkan mendidih dan selepas itu tuangkan kedalam adunan tepung. Uli seperti biasa. InsyaAllah karipap yang dibuat akan menjadi rangup dan sedap.
42. KENTANG HILANGKAN RASA MASIN MASAKAN
Ada kalanya masakan yang kita masak terlebih garam dan menjadikannya masin pasti akan hilang selera. Cara mudah untuk menghilangkan rasa masin adalah dengan memasukkan ubi kentang dalam masakkan tersebut. InsyaAllah rasa masin tadi akan berkurangan kerana diserap oleh ubi kentang yang dimasukkan tadi.
43. TEMPURUNG KELAPA LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG
Percayakah kita bahawa tempurung kelapa ada gunanya. Bagi melembutkan isi ayam kampung, tempurung kelapa dibelah kecil-kecil kemudian gaulkannya bersama isi ayam kampung. Perapkan beberapa jam kemudian rebuslah bersama ayam kampung dan toskan. Kemudian bolehlah dimasak seperti sup herba. Hasilnya daging ayam kampung menjadi lembut dan sedap.
44. PANDAN SEDAPKAN AYAM GORENG
Bagi penggemar ayam goreng ada cara untuk melazatkan lagi rasa ayam goreng. Caranya mudah iaitu sebelum ayam digoreng, lumur dengan kunyit dan sedikit aram. Kemudian balut ayam tersebut dengan daun pandan, selepas itu barulah goreng ayam tersebut. Selain lazat, ia juga mengharumkan bau aroma masakan.
45. MEMBUANG KULIT SOTONG DENGAN MUDAH
Masukkan sotong ke dalam air beras dn biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian anda akan mendapati kulit sotong mudah lekang dan senang dicuci. Baumya juga berkurangan. Anda boleh juga merendamkan suratkhabar bersama-sama dengan sotong. Kemudian ramaskan suratkhabar pada badan sotong. Kulitnya akan mudah tertanggal.
46. HILANGKAN HAPAK BERAS
Sekiranya anda mendpati beras berbau hapak, petua ini boleh membantu. Caranya ialah dengan membasuh dan memasaknya seperti biasa di dalam periuk. Setelah itu apabila airnya mengering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya. Daun pandan akan mewangikan nasi yang dimasak. Selamat Mencuba.
47. MERANGUPKAN JERING TUA
Caranya ialah, tanam jering tersebut ke dalam tanah atau pasir. Biarkannya selama tiga hari. Setelah itu keluarkan dan bersihkan jering tersebut. Anda akan mendapati jering akan terasa rangup apabila dimakan.
48. UDANG SENTIASA SEGAR
Supaya udang yang anda baru beli tidak cepat busuk dan sentiasa kelihatan segar, anda bolehlah mengamalkan petua ini. Caranya ialah perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut ketika anda hendak menyimpannya ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, udang yang anda ingin simpan tidak mudah berbau busuk sebaliknya akan sentiasa kelihatan segar serta tahan lama.
49. TAUHU TAHAN LEBIH LAMA
Untuk memastikan tauhu tahan lebih lama, pastikan anda mendidihkannya seketika. Selepas itu biarkan tauhu tersebut terendam seketika sehingga air didihan itu sejuk sendiri. Anda akan mendapati tauhu tahan lebih lama.
50. ELAK MADU ROSAK
Cara terbaik untuk menyimpan madu ialah dengan menaburkan sedikit padi di permukaan madu. Pastikan ia memenuhi permukaan. Kemudian, tutup kemas botol tersebut. Elakkan daripada menyimpan madu di dalam peti sejuk kerana ia akan menghilangkan khasiatnya.
51. ELAK GULA MELAKA DIHURUNG SEMUT
Bagi mengelakan ancaman semut, simpan gula melaka didalam bekas beras. Ia bukan sahaja menghalang semut daripada merosakkan gula melaka tetapi juga mewangikan beras.
52. DAUN PANDAN HINDARI LIPAS
Cara mudah untuk menghalau lipas tanpa menggunakan racun ialah dengan mengambil beberapa helai daun pandan. Lipat kecil dan letakkan setiap satunya di laci, almari ataupun di bahagian yang sering didatangi lipas.
53. PETUA BAYI SELESEMA
Ibu akan risau bila bayi mereka terkena selesema. Selain memberi ubat yang diberikan doktor ada juga cara tradisi mengurangkan selesema bayi. Caranya cukup mudah,
i - letakkan minyak masak di atas ubun-ubun bayi dua kali sehari. InsyaALLAH, selesema akan berkurangan.
atau..
ii- Ambil kunyit hidup sebesar 2cm, parut halus kemudian campurkan dengan sedikit kapur (tetapi jangan terlebih kapur kerna boleh merengsangkan kulit si bayi yang sensitif), kemudian campuran kunyit parut dan kapur itu hendaklah di lumur pada batang hidung bayi dan juga pada ubun-ubun bayi. (Cara ini hanya untuk bayi yg berusia 2 tahun ke atas sahaja) InsyaAllah...
54. PETUA KURANGKAN BENGKAK SUSU
i- Ibu yang baru bersalin selalu mengalami bengkak susu. Jadi bagi mengelakkannya cari kubis yang mempunyai kelopak besar. Apabila hendak tidur malam, letakkan kelopak kubis di kedua-dua payudara yg membengkak. Kemudian, pakai baju dalam yang agak ketat. Amalkan sehingga habis pantang.
55. MENGEMBALIKAN KESEGARAN SAYUR
I- Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur di dalam air yang dicampur dengan cuka untuk beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.
II- Bagi mengelakkan sayur daripada mudah layu, bungkus sayur dengan menggunakan surat khabar. Kemudian renjiskan air pada surat khabar. Pasti sayur akan tahan lebih lama apabila disimpan di dalam peti sejuk.
56. ELAK IKAN BUSUK TANPA PETI SEJUK
Jika anda tidak mempunyai peti sejuk, anda boleh menyimpan ikan di dalam kotak polisterin. Caranya dengan meletakkan sedikit ais beserta dua keping asam gelugur bersama sedikit garam. Kemudian masukkan ikan. Ia akan bertahan selama dua hingga tiga hari.
57. TELUR KUKUS TAHAN LAMA
Cara yang terbaik untuk memastikan telur rebus tahan lama ialah dengan memasaknya secara kukus. Menggunakan pengukus yang besar, letakkan di tengah-tengah pengukus satu mangkuk kaca bersisi air. Kemudian dikeliling mangkuk tersebut susunkan telur sepenuhnya mengikut saiz pengukus. Kukus telur dengan air yang sedia mendidih selama 10 minit. Ia akan bertahan lebih kurang empat hari dan memudahkan anda mengupasnya tanpa melekat.
i- Ibu yang baru bersalin selalu mengalami bengkak susu. Jadi bagi mengelakkannya cari kubis yang mempunyai kelopak besar. Apabila hendak tidur malam, letakkan kelopak kubis di kedua-dua payudara yg membengkak. Kemudian, pakai baju dalam yang agak ketat. Amalkan sehingga habis pantang.
ii- Giling daun duri tujuh,sekadar mengeluarkan air pd permukaan daun,
Kemudian tampal pada breast yang bengkak tu.berkesan untuk ibu yg mengalami bengkak susu akibat anak tak nak menyusu
55. MENGEMBALIKAN KESEGARAN SAYUR
I- Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur di dalam air yang dicampur dengan cuka untuk beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.
II- Bagi mengelakkan sayur daripada mudah layu, bungkus sayur dengan menggunakan surat khabar. Kemudian renjiskan air pada surat khabar. Pasti sayur akan tahan lebih lama apabila disimpan di dalam peti sejuk.
56. ELAK IKAN BUSUK TANPA PETI SEJUK
Jika anda tidak mempunyai peti sejuk, anda boleh menyimpan ikan di dalam kotak polisterin. Caranya dengan meletakkan sedikit ais beserta dua keping asam gelugur bersama sedikit garam. Kemudian masukkan ikan. Ia akan bertahan selama dua hingga tiga hari.
57. TELUR KUKUS TAHAN LAMA
Cara yang terbaik untuk memastikan telur rebus tahan lama ialah dengan memasaknya secara kukus. Menggunakan pengukus yang besar, letakkan di tengah-tengah pengukus satu mangkuk kaca bersisi air. Kemudian dikeliling mangkuk tersebut susunkan telur sepenuhnya mengikut saiz pengukus. Kukus telur dengan air yang sedia mendidih selama 10 minit. Ia akan bertahan lebih kurang empat hari dan memudahkan anda mengupasnya tanpa melekat.