Friday, May 14, 2010

Pondering

Lambat sungguh rumah ni siap. Tak sabar nak pindah dan menjalankan aktiviti yang normal untuk orang pencen seperti take half an hour brisk walk(saranan doktor), pergi sembahyang jemaah (seperti di Mekah dulu), mungkin pergi kelas bahasa arab, kelas agama, kelas tajwid(supaya minda sentiasa aktif), berkebun sayur(nak makan makanan tanam sendiri, tak de racun).
Sudah pencen ni pendapatan dah banyak sangat kurangnya. Dari pendapatan RM >3,000 sudah tinggal RM 300 sahaja. Anak lelaki tengah cadangkan buat nasi lemak untuk dijual. Tengoklah kalau ada masa dan kalau larat.
Buat bisnes akan mengikat diri kita seperti masa kerja dulu. Rasanya malaslah. Bukan malas bekerja tapi malas nak commit.
Kalau boleh time pencen nilah nak buat apa yang kita suka seperti pergi world tour ke apa ke tapi tak mampu pulak. Tak pelah. Tak leh buat yang tu simpan duit gi umrah jelah. Sementara tu mungkin sesekali gi sembahyang jemaah di Kelantan dengan tuan guru Nik Abdul Aziz.
Ya Allah mohon kabulkan niatku ini sebelum aku dijemput kembali ke sisimu.

2 comments:

  1. takpe mak...nnt every month i bagi u duit ok...
    hahhahahaha....takyah la buat nasi lemak...
    nnt cik yang makan nasi tu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Anak yang berjasa

    ReplyDelete