Thursday, August 29, 2013

Q&A: Syurga di bawah tapak kaki suami?

Saya ada soalan mengenai syurga bagi seorang wanita. Semua tahu yang syurga bagi anak lelaki adalah dibawah tapak kaki ibu, yang wanita pula, sebelum berkahwin syurganya di bawah tapak kaki ibu mereka tetapi bila sudah berkahwin, syurga mereka di bawah tapak kaki suami mereka, betul? Betulkan saya jika saya salah. 

Saya mempunyai situasi yang memusykilkan saya. Ada seorang individu ini, seorang wanita dan beliau sudah berkahwin, dan yang menghampakan dan memusykilkan saya, sesudah berkahwin, tingkah laku, perbuatan, perangainya terhadap ibunya sangat tidak beradab dan sangat "kurang ajar". Apabila saya bertanya kepadanya, mengapa beliau berbuat demikian sedangkan ibunya melayannya dengan penuh kasih sayang, ibunya menangis setiap hari dan perkara itu sangat menyentuh hati saya. Jawapan beliau terhadap soalan saya tadi ialah beliau berkata bahawa, "Syurga aku di bawah tapak kaki suami, bukan tapak kaki ibu lagi," saya sangat kasihan akan ibunya. Adakah boleh sebegitu tindakan wanita tadi? Ataupun ada penyelesaian di sebalik permasalahan ini dan hukum bagi situasi tersebut, saya harap ustaz dapat meleraikan kekusutan saya ini.

Jawapan

Bismillah walhamdulillah wassolatu ala rasulillah.

Kawan saudara itu telah tersalah ilmu tentang hakikat sebenarnya. Seorang anak (lelaki atau wanita) tetap wajib menghormati ibu-bapanya, wajib berbakti kepada mereka, menjaga silaturrahim dengan mereka, mendoakan mereka dan menafkahi mereka (jika mereka miskin) sekalipun dia telah berkahwin. Hanya jika bertembung antara perintah suami dan perintah ibu-bapa, maka perintah suami wajib didahulukan kerana haknya lebih besar. Hal itu tiada kaitan dengan kewajipan-kewajipan terhadap ibu-bapa yang mesti diteruskan sekalipun telah berkahwin.

Firman Allah (bermaksud); “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa” (Surah al-Isra’ : ayat 23).

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…” (Surah Luqman : ayat 14).

“…bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu.” (Surah Luqman : ayat 14).

“…maka janganlah engkau berkata kepada kedua ibu-bapamu (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ha’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)…” (Surah al-Isra’ : ayat 24).

“…Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua ibu-bapamu kerana belas kasihan dan kasih sayangmu…” (Surah al-Isra’ : ayat 24).

“…dan doakanlah (untuk kedua ibu-bapamu, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’ : ayat 24).


Sekalipun telah berkahwin, perintah Allah dalam ayat-ayat di atas terus berjalan dan wajib dipatuhi oleh anak sama ada lelaki atau perempuan. Tidak harus sama sekali menderhakai mereka kerana Nabi SAW bersabda; "Dosa-dosa paling besar ada empat;
1. Mensyirikkan Allah,
2. Menderhakai dua ibu-bapa,
3. Membunuh
4. Bersaksi palsu"
(Soheh al-Bukhari; 2653, dari Anas RA).

Kesimpulannya, sekalipun telah berkahwin, seorang anak perempuan tetap wajib menghormati ibu-ayahnya, menghubung silaturrahim dengan mereka, merendah diri di hadapan mereka, berbaik dengan mereka dan berbakti kepada mereka mengikut kemampuannya. Tidak boleh sekali-kali bersikap biadap dengan mereka atas alasan telah berkahwin. Ayat-ayat Allah tadi yang memerintahkan anak agar berbuat baik kepada ibu-bapa, berterima kasih kepada mereka, menjaga tutur kata dengan mereka dan merendah diri kepada mereka, ayat-ayat tersebut tiada siapa dapat mengubahnya termasuk suami. Sampai bila-bilapun syurga tetap di bawah tapak kaki ibu-bapa dan keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa.

Sabda Nabi SAW; “Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Hadis riwayat Imam at-Thabrani dengan sanad yang baik. Lihat; al-Muntaqa, Dr Yusuf al-Qaradhawi, hadis no. 1475).

Sabda baginda juga; “Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa.” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru RA. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

PETUA MASUK RUMAH BARU



AZAN - Laungkan Azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis..Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa Penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (Jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak Berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti Kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quraan - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki......Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak kan Solat dan membaca Al-Quraan." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin…Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya Tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan….Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali - surah Al-Ikhlas 3 kali - selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali - ayat Kursi 1 kali - tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali

Sunday, August 18, 2013

minum arak
derhaka kepada ibu bapa
memutuskan tali saliturahim
sentiasa bertengkar

Sunday, August 4, 2013

Dia kembali ke Rahmat Allah dalam keadaan bersujud






Bangi, 1 Ogos - Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini, Roslan Ishak, mengejutkan orang ramai, apabila beliau ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit. 

Kejadian ini menggemparkan penduduk setempat, tambahan pula di bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Sebelum ini kejadian seperti ini hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.

Apapun, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah. 


Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi. 

Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini.

Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan bersama...

Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.

Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yang diikutinya.

Oleh kerana itu beliau:

1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung.

2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.

3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.

4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.

5. Kata beliau lagi jangan sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati - "ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... & insya Allah anak2 beliau yang soleh).

6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula...


Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh.

Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.

Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian untuk dimandikan dan seperti tidur.

Melihat kepada kak Mar yang sederhana dan lembut orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.

Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar tidak banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al fatihah...

Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta... fb PHR


kembali ke Rahmat Allah dalam keadaan bersujud